Followers

Kopi Masin


Hashim bertemu seorang gadis ini di suatu parti, dia yang paling cantik di antara gadis lain, ramai lelaki yang mengejar dia, tetapi semasa dia jadi biasa-biasa saja tiada siapa yang memberi perhatian kepadanya. Pada akhir parti dia menjemput gadis ini untuk minum kopi dengan dia, gadis itu  terkejut, tetapi kerana kesopanan, si gadis itu pon terima pelawaan Hashim. Mereka duduk di kedai kopi yang bagus, gadis itu  terlalu gementar untuk berkata apa-apa, dia rasa tidak selesa, dia berfikir, biarlah saya kembali ke rumah. Tiba-tiba Hashim itu terfikir sesuatu dan meminta sesuatu kepada pelayan: boleh beri saya sedikit garam? Saya nak masukkan dalam kopi saya.



Semua orang yang merenung kepadanya, aneh! Mukanya bertukar menjadi merah, tetapi, masih, dia memasukkan garam dalam kopi dan minum. Gadis itu merasa curiga dan ingin tahu itu bertanya "mengapa awak letak garam ke dalam kopi itu?' Hashim pon  menjawab: "apabila saya berumur 5 tahun , saya tinggal berhampiran laut, saya suka bermain di laut dan dapat merasakan rasa laut yang bergitu masin yang teramat sangat  seperti rasa kopi masin. Kini setiap kali saya minum  kopi masin, saya akan teringat  zaman kanak-kanak saya , teringat dekat kampung , saya amat rindu kampung saya dan saya akan rindu kepada ibu bapa saya yang tinggal  di sana. Sambil air matanya jatuh keatas meja kopi itu. Gadis berasa itu amat  terharu. Itu perasaan yang sebenar, dari lubuk hati Hashim.



"Seorang lelaki yang boleh memberitahu rindu itu adalah seorang lelaki amat merindui kampungnya, mengambil berat terhadap kampungnya dan mempunyai tanggungjawab di kampungnya itu," gadis itu terfikir. Kemudian dia juga mula bercerita tentang kampung halamannya yang  jauh, zaman kecilnya, keluarganya. Itu adalah satu perbualan yang benar-benar bagus, juga satu permulaan yang indah dari kisah mereka. Daripada kawan mereka terus berpacaranGadis itu sebenarnya telah menjumpai  lelaki yang memenuhi semua permintaan itu beliau toleransi, baik hati, romantik, ... dia adalah seorang lelaki yang baik kalau bukan kerana kopi masin mesti gadis itu tidak menjumpai Hashim! Terima kasih kepada kopi masin!



Kisah mereka ini adalah sama seperti setiap kisah cinta yang indah: puteri yang berkahwin dengan putera itu, maka mereka hidup kehidupan yang bahagia ... Dan, setiap kali dia membuat kopi untuknya, dia meletakkan sedikit garam dalam kopi, kerana dia tahu itu cara yang dia suka.
Selepas 40 tahun, Hashim meninggal dunia, dia meninggalkan sepucuk surat yang berkata: "Sayang, maafkanlah abang, memaafkan segala dosa abang kerana seluruh hidup saya ini adalah penipuan-satunya yang saya katakan kepada kamu, kopi masin Ingat kali pertama kami semasa kita berpacaran? Abang  begitu gementar pada masa itu, sebenarnya abang ingin gula, tetapi abang telah tersalah kata garam. Sukar bagi abang pada masa itu untuk berterus terang, jadi abang teruskan saja . Abang tidak pernah berfikir yang boleh menjadi permulaan komunikasi kita! Abang cuba untuk memberitahu sayang tentang perkara sebenar, banyak kali abang cuba , tetapi abang  terlalu takut kerana abang telah berjanji untuk tidak berbohong kepada sayang walau macam sekali pun .. Sekarang, abang  telah mati, abang  tidak takut  apa-apa, jadi abang mengambil keputusan untuk berterus terang: Abang  tidak suka kopi masin, kerana rasa pelik dan buruk .. oleh kerana, abang telah merasa kopi masin untuk seumur hidup abang  semenjak abang kenal  sayang dan abang  tidak pernah berasa menyesal untuk apa-apa jua yang abang  lakukan kepada sayang. Mempunyai sayang disisi abang sehingga akhir hayat abang merupakan kebahagiaan yang paling bermakna dalam hidup abang .



Jika abang boleh hidup untuk kali kedua, abang  masih mahu sayang sebagai kawan, teman, dan isteri sepanjang hidup abang  walaupun abang  tepaksa  minum kopi masin sekali lagi. "
Air matanya yang mengalir daripada mata gadis itu membuat surat itu benar-benar basah. 


Suatu hari nanti,  seseorang bertanya: Apakah rasa kopi masin? 

lalu gadis itu menjawab : ia manis.

Recent Comments

Recent Posts

Search