Followers

Cinta yang berpanjangan

aqilsulong.blogspot.com
Satu pagi yang indah, sepasanga pasangan tua berusia sekitar 70-an, berjalan ke pejabat seorang peguam. Tujuan mereka kesana untuk menfailkan penceraian

Peguam dipejabat itu berasa sangat hairan, setelah berbual dengan pasangan itu mereka pun menceritakan masalah mereka. Mereka telah bertengkar selama 40 tahun sepanjang perkahwinan seperti ada saja yang tak kena. Perkahwinan mereka bertahan selama ini atas sebab anak-anak mereka dan takut ia mamberi kesan kepada mereka. Sekarang anak-anak mereka sedah besar dan mempunyai keluarga sendiri. Tiada apa yang perlu dirisaukan oleh pasangan tua ini. Mereka ingin membawa haluan masing-masing dan ingin melupakan kesedihan semasa perkahwinan mereka, mereka pun bersetuju untuk becerai.

Peguam menghadapi masa yang sukar untuk menyiapkan keras kerja untuk mereka kerena dia merasakan perkahwinan selama 40 tahun pada usia mereka 70-an, dia berasa hairan kenapa mereka menginginkan peceraian. Semasa pasangan itu menanda tangani kertas penceraian mereka, si isteri memberitahu suamiya " saya benar menyayangi kamu, tetapi saya tidak boleh menjalankan lagi tugas saya sebagai isteri kamu. Saya mintak maaf....". "Tidak mengapa, saya faham.." kata si suami. Kemudian, peguam ingin mengadakan makan malam bersama, hanya mereka bertiga sahaja. Si isteri berfikir kenapa tidak memandangkan kita akan berkawan.

Semasa dimeja makan suasana menjadi sunyi dan pasangan tua itu merasa sedikit janggal. Hidangan pertama iaitu ayam panggang, serta merta si suami mengambil peha ayam itu dan memberikan kepada si isteri sambil berkata " ambil lah saya tau peha ayam kegemaran awak." Melihat situasi ini peguam merasakan masih ada peluang untuk mereka berbaik kembali, tetapi si isteri memarahi si suami dan berkata " ini lah masalahnya, awak selalu berfikiran jauh dan tidak pernah tau apa yang saya rasa, awak tau yang saya tak suka peha ayam. ". Apa yang si isteri tidak tahu sejak beberapa tahun lepas si suami telah mencuba  pelbagai cara untuk mengambil hati si isteri. Apa yang si isteri tidak tahu bahawa peha ayam adalah kegemaran si suami dia sanggup memberi kepada si isteri nya. Walaupun si isteri tidak menyukai peha ayam, kerana si suami mahu berikan yang terbaik untuk isterinya.

Selepas makan malam mereka pun pulang ke rumah mereka berasingan. Pada waktu malam mereka berdua tidak boleh melelapkan mata mereka. Mereka berpusing kearah kiri, kanan ,kiri dan kanan..... selepas sejam, si suami pun berfikir panjang dan berkata " saya sudah tidak boleh tunggu lagi, saya masih lagi mencintai dia dan saya tidak dapat meneruskan hidup tanpa dia." . Si suami inginkan isterinya kembali, dia ingin mengakatakan dia berasa menyesal atas perbuatan dia dan ingin memberi tahu yang dia amat mencintainya. Si  suami mengambil telefon dan terus mendail nombor isterinya. Deringan tidak pernah berhenti... dia tidak berhenti mendail.

Si isteri pula berasa sangat sedih kerana setelah beberapa tahun bersama si suami masih tidak memahaminya. Dia amat menyayangi suaminya tetapi dia tidak boleh menahan dengan sikap suaminya lagi.Telefon berdering dan dia enggan menjawab mengetahui yang menelefon itu adalah suaminya. " Apa gunanya untuk di bincang lagi pada hal ia sudah berakhir.. saya yang meminta untuk berpisah dan saya akan mengekalkan sebegini.. jika tidak ini menandakan saya sudah kalah." dia berfikir,telefon masih berbunyi dan terus dia mematikannya.

Baru si isteri teringat yang suaminya mempunyai maslah jantung.

Pada keesokkan harinya, si isteri menerima panggial yang mengatakan bahawa si suami telah meninggal dunia. Dia bergegas ke aparmentnya dan melihat tubuh suaminya yang masih memegang telefon terbaring di atas sofa. Si suami mengalami serangan jantung ketika dia menelefon isterinya.

Setelah seminggu kematian suaminya, si isteri pergi ke aparment suaminya untuk mengambil barang kepunyaan suaminya. Dalam keadaan sedih dan puli semasa mengemas barang-barang dia terjumpa satu fail di dalam laci. Fail itu adalah polisi insurans bertarikh pada hari perkahwinan mereka, dengan segala kadar faedah dan harta diberikan kepada isterinya. Bersama fail itu ada satu nota yang bertulis....

" Kepada isteri yang ku cintai, semasa awak membaca nota ini saya sudah tiada lagi di dunia ini. Saya membeli polisi insurans ini untuk kamu dengan jumlah RM 100,0000, saya harap ia dapat membantu saya untuk terus menunaikan janji saya pada awak semasa kita kahwin dulu. Mungkin saya sudah tiada lagi bersama awak tetapi dengan  jumlah wang yang saya tinggalkan mampu untuk menjaga awak seperti mana saya menjaga awak jikalau saya masih hidup. Saya mahu awak tahu yang saya akan sentiasa bersama awak di sisi awak.... I LOVE U ."
Setelah membaca nota itu, si isteri terduduk dan menangis. Air mata yang keluar seperti sungai yang mengalir...


" Apabila anda mencintai seseorang, biarkan mereka tahu... Anda tidak tahu apa yang akan berlaku selepas beberapa minit.... Belajar untuk membina hidup bersama-sama... Belajar untuk mencintai mereka demgan seadanya....

Sepanjang hidup

aqilsulong.blogspot.com
Aku bersyukur kau disini kasih dikalbuku, mengiringi dan padamu. Ingin ku sampaikan kau adalah cahaya hati. Dulu ku palingkan diri dari cinta sehingga kau hadir dasn mengubah segalanya dan ini lah janji ku padamu, sepanjang hidupku aku akan bersamamu kesetiaanku tulus hanya untukmu sehingga akhir waktu kaulah cintaku. Sepanjang hidup dan seiring waktu aku besyukur atas hadirmu ini dan selamanya aku milikmu. Yakini hatiku yang kau adalah anugerah dari sang Maha Rahim dan semoga Allah S.W.T berkati kita. Oh, kekasih penguat jiwa aku berdoa, kau dan aku di Jannah dan ku temukan kekuatanku disisimu. Kau hadir menyempurnakan seluruh hidupku dan inilah janji ku padamu.

Boleh ke cinta macam nie.

Hello peeps, hari nie nak update satu entry yang agak menarik tentang percintaan. Kita semua tau percintaan melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita yang WARAS saya ulang sekali lain yang WARAS.  Sebab apa saya cakap cm tuh kerana nak bagitau pasal percintaan kaum 'sejenis' nie. Tak tau nak kate ape la dah la bercinta dengan kaum sendiri pastuh pergi hebahkan kat facebook kononnye percintaan diorang nie SUCI sangat la. C'mon la orang buta pun tak payah tengok dengar je boleh buat diorang nie muntah hijau. Kalau post tuh diorang sendiri bace tape la nie orang lain boleh baca.

http://aqilsulong.blogspot.com/

Korang tengok kan ape yang diorang post , ape ke patut si 'BF' ni tulis yang 'ikhlas kerana Allah S.W.T' ni da kire menghina agama da nie. Mane ade cinta dengan kaum sejenis ikhlas keran Allah S.W.T mazhab mane die pakai nie nak tau gak kan, agama mane die ikot nak tau gak. Inilah yang saya mampu lakukan sebagai peringataan ,kang tulis kat status FB kan kate menyibuk kacau hal orang la ,LOL. Saya tau ad yang kawan-kawan awak macam nie gak kan. Sepatut nya kawan pun nasihat la sikit ,nie ta boleh LIKE lagi status nya. Ini hanya sebagai renungan saja kita sudah diakhir zaman dan cinta mereka nie tak boleh pun nak sampai alam perkhawinan. So cakap banyak tak gune renungkan la ye .

Ingin kamu disini

http://aqilsulong.blogspot.com/
Ada seorang gadis yang berharap yang kekasih nya sentiasa berada disini nya. Gadis ini cuba untuk tabah dan kuat dalam mengharungi kehidupan tanpa nya. Kata-kata kekasihnya masih lagi bermain difikiran gadis ini dan dia selalu terbayang kelibat kekasihnya di mana -mana dan dia berharap kekasihnya bersamanya. Dia selalu ber doa " apa yang boleh saya lakukan untuk awak bersama saya dan saya ingin awak di sisi saya ". Masih teringat kenangan bersama sewaktu bersamanya gelak tawa dan tangisan dikongsi bersama. Dalam keadaan susah dan senang kita bersama. Oh sungguh indah kenangan itu dan dia berharap kenangan ini akan berkekalan. Gadis ini berharap kekasihnya bergitu juga dan berharap dia ada di sampingnya.

Berkata dengan Bulan

Pada suatu malam seorang lelaki yang sedang merndui kekasih nya duduk di atas bumbung rumah nya untuk menikmati malam yang indah. Dia terpandang bulan dan berkata:


 "Saya tahu awak berada di suatu tempat di sana. Disuatu tempat yang  jauh. Saya mahu anda kembali. Semua jiran- jiran saya fikir saya gila tetapi mereka tidak faham yang saya hanya ada awak. dan pada waktu malam apabila bintang-bintang menerangi  bilik saya. Saya duduk sendirian dan bercakap dengan bulanmencuba untuk bersama awak
Dalam harapan anda berada  seberang sana bercakap dengan saya juga. Adakah saya si bodoh yang duduk bersendirian bercakap dengan bulan



Saya berasa seperti saya terkenal dan menjadi perbualan orang ramai. Mereka mengatakan saya telah menjadi gila
Yasaya telah menjadi gila. Tetapi mereka tidak tahu apa saya tahu apabila matahari turun ada seseorang berkata balik dengan saya. Ya, ada seseorang berkata balik dan pada waktu malam apabila bintang-bintang
Menerangi  bilik saya dan saya duduk sendiri bercakap dengan bulanmencuba untuk bersama awak
Dalam harapan awak pada seberang sana  bercakap dengan saya juga. Adakah saya si bodoh yang duduk bersendirian bercakap dengan bulan

Adakah awak pernah mendengar saya memanggil nama mu?

Kerana setiap malam saya bercakap dengan bulan, mencuba untuk bersama awak. Dalam harapan awak pada seberang  sana  bercakap dengan saya juga. Oh, adakah saya si bodoh yang duduk bersendirian bercakap dengan 
bulan."

Saya tahu awak berada di suatu tempat diluar sana
Disuatu tempat yang jauh dan berharap kekasih nya mendengar  kata-katanya.

Surat terakhir untuk mu

http://aqilsulong.blogspot.com/


Sungguh perit percintaan ini . Aku hanya mampu berdoa kepada Allah S.W.T agar aku masih berdaya untuk mencintai dia sehingga aku mati. Cintaku satu hanya untuk mu sahaja sayang dan tiada lagi untuk orang lain selain mu. Aku ingin membuat kau bahagia dengan aku hanya aku mahu kau setia dengan aku sepanjang hidup ini. Ku ingin kau yang menjadi CINTA TERAKHIR bagi aku. Aku mencintai kau sehingga aku mati dan hanya maut boleh memisahkankan kita sahaja. Segala apa yang aku lakukan hanya untuk mu SAYANG , ku tak mahu kau tahu perasaan ku dan ku ta mahu kau tahu tentang perasaan ku hanya ku mahu adalah kau BAHAGIA disamping ku menemani aku dalam keadaan aku senang dan susah. Aku berjanji akan menjagamu dalam semua keadaan sakit dan sihat. Jika aku terlena bangun kan aku dari tidur panjang ku dan sedar kan aku tentang mu. Walaupun aku sudah tiada aku hanya mampu berdoa agar kau sentiasa bahagia.

Ini lah luahan hati terakhir seorang lelaki kepada kekasih nya yang di tulis didalam surat dan meminta kawan nya untuk menyampaikan kepada kekasihnya.

http://aqilsulong.blogspot.com/

Gambaran Hari Kiamat (Wajib Baca!)

Assalamialaikum sini nak kongsi satu enry yang menarik. Sebagai umat islam apabila mendapat tahu satu pengetahuan wajib kita kongsikan dengan saudara islam. Disini saya nak kongsi kan satu pengetahuan iaitu gambaran kiamat ,semoga kita mengambil iktibar dari nie.


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi
Kredit kepada Syok.org

Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna


Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.


1) Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari


2) Zina bermaharajalela

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim


3) Bermaharajalela alat muzik

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah


4) Menghias masjid & membanggakannya

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.


5) Munculnya kekejian, 

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.


6) Ramai orang soleh meninggal dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.


10) Bulan sabit kelihatan besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani


11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim


14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai


15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.


Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)


Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.

Sepuluh tanda itu ialah:

Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

Gempa bumi di Timur.

Gempa bumi di Barat.

Gempa bumi di Semenanjung Arab.

Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”



SUMBER:blogtokwan.blogspot.com

Hati ini

Kadang kala hati ini yang paling sakit diantara organ yang lain
Kadang kala hati ini yang paling banyak terluka diantara organ yang lain
Kadang kala hati ini yang paling cepat sembuh diantara organ yang lain

So jaga la hati ini dengan sebaiknya :)

Recent Comments

Recent Posts

Search