Followers

TULANG RUSUK KIRI KU

Cerita ini saya posting untuk seseorang yang sedang mula kurang perasaan cinta kepada isteri atau kekasih dan mula berfikir anda sudah salah terpilih isteri atau kekasih.
Cerita ini untuk kita semua yang sering kali membuat orang yang kita sayang bersedih.
Semoga kisah ini akan membuat perubahan perasaan kepada isteri, kekasih & terima kasih untuk penulis cerita ini .
Sebuah senja yang sempurna, sepotong donat, dan lagu cinta yang lembut. Adakah yang lebih indah dari itu, bagi sepasang manusia yang memadu kasih? Uda dan Dara duduk di punggung senja itu, rancak berbicara, beratus tawa gembira, lalu Dara pun mula meminta kepastian. ya, tentang cinta.
Dara : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
Uda : Kamu lah?
Dara : Menurut kamu, aku ini siapa?
Uda : (Berfikir sebentar, lalu menatap mata Dara) Kamu tulang rusukku! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan apabila menemui wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hati.”

Selepas berkahwin, Dara dan Uda mengalami masa yang indah dan manis tetapi hanya untuk seketika. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan hidup yang kian mendera. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mula menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari, menjadi kemuncak sebuah pertengkaran, Dara lari keluar rumah. Setelah tiba di seberang jalan, dia berteriak, “Kamu tak cinta aku lagi !”Uda sangat membenci ketidakdewasaan Dara dan secara spontan dia menjerit membalas “Aku menyesal kita berkahwin! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!”
Tiba-tiba Dara menjadi terdiam , berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Dia melihat Uda, seakan tak percaya pada apa yang telah dia dengar.
Uda menyesal akan apa yang sudah dia ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk diambil kembali. Dengan berlinang air mata, Dara kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau aku bukan tulang rusukmu, biarkan aku pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing. ”
Lima tahun berlalu…..
Uda tidak menikah lagi, tetapi sentiasa mengambil tahu kehidupan Dara. Dara pernah ke luar negeri, bernikah dengan orang asing, bercerai, dan kini kembali ke tanahair semula. Dan Uda yang tahu semua informasi tentang Dara, dia sebenarnya merasa kecewa, kerana dia tak pernah diberi kesempatan untuk kembali, Dara tidak menunggunya.
Dan di tengah malam yang sunyi, semasa Uda meminum kopinya, dia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Dara.
Suatu hari, mereka akhirnya kembali bertemu. Di airport, di tempat yang berlaku banyak pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas, mata mereka saling tidak mahu terlepas.
Uda : Apa khabar?
Dara : Baik… mmm.. apakah kamu sudah menemui rusukmu yang hilang?
Uda : Belum.
Dara : Aku nak terbang ke New York.
Uda : Aku akan kembali 2 minggu lagi. Telefonlah aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon aku, belum yang berubah. Tidak akan ada yang berubah.
Dara tersenyum manis, lalu berlalu.
“Good bye….”
Seminggu kemudian, Uda mendengar bahawa Dara mengalami kemalangan dan meninggal dunia.
Malam itu, sekali lagi, Uda meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di dadanya.
Akhirnya dia sedari bahawa sakit itu adalah kerana Dara, tulang rusuknya sendiri, yang telah dengan bodohnya dia patahkan

Kisah Kau dan Aku

Teringat satu kisah cinta yang terjalin antara dua insan yang bernama Ahmed dan Najwa. Kisah cinta agung antara dua insan yang bertemu sewaktu belajar di sebuah IPTS di selatan tanah air. Cinta suci mereka sudah terjalin selama satu tahun tujuh bulan dan masih terjalin.

Ahmed seorang permuda berumur 20 tahun berasal dari selangor, datang ke johor untuk melanjutkan pelajarannya ke sebuah IPTS disitu. Ahmed seorang pemuda yang suka mengikut kata hati sendiri dan tidak mempedulikan kata orang lain, seorang yang optimis dan seorang yang "cool".Dia mengambil jurusan diploma pengurusan maklumat selama dua setengah tahun. Manakala, Najwa pula seorang gadis anak jati johor yang berumur 20 tahun datang dengan tujuan yang sama untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS tempat sama Ahmed belajar. Najwa merupakan gadis yang manja, yang selalu keinginannya dipenuhi dan sorang yang baik hati.

Kisah cinta mereka bermula di semester 2 iaitu setahun tempoh belajar di disitu. Ahmed baru sahaja putus dengan kekasih dia kerana tidak mempedulikan dia. Hubungan yang dibina dengan bekas kekasih selama satu tahun terlerai begitu saja. Atas sebab kegagalan Ahmed dalam percintaan dia dengan bekas kekasih, dia berjanji dengan diri sendiri akan memilih jodoh yang sayang padanya , bak kata perpatah " jangan mencari orang yang kita sayang kerana orang yang kita sayang akan pergi kepada orang yang dia sayang dan carilah orang yang sayang pada kita kerana orang yang sayang pada kita akan menyayangi kita selamanya ". Maka dengan prinsip itulah yang Ahmed berpegang dan berharap akan menjadi lebih baik sekiranya bertemu jodoh.

Jodoh dan ajal maut ditangan Allah S.W.T ,dengan izin Nya Ahmed diberitahu oleh kawan dia bahawa rakan serumah meyimpan perasaan terhadap dia iaitu Najwa. Maka didalam hati Ahmed berkata ' mungkinkah ini jodoh ku dengan si dia. Kalau betul maka aku akan berjanji akan menjadi lebih baik dari sebelumnya'. Pada mulanya Ahmed hanya menganggap Najwa sebagai teman biasa dan rakan sekelas, namun semuanya berubah apabila Ahmed mengetahui tentang perasaan yang disimpan oleh Najwa dan Ahmes yakin bahawa Najwa yang akan menjadi gadis yang akan menemani Ahmed sehingga akhir hayat.

Kisah cinta bermula apabila Najwa yang membuat langkah dengan menghantar sms yang berbunyi 'asalam ini Ahmed ea ?' pada masa itu Ahmed tidak mempunyai nombor telefon Najwa dan meminta rakan serumah untuk memeriksa siapakah yang menghantar sms tersebut. Alangkah terkejutnya Ahmed apabila mengetahui bahawa Najwa yang menghantar sms tersebut kerana dia tidak menyangka Najwa akan yang menghantar sms itu. Dengan rasa hairan Ahmed pun membalas ' ye nie ahmed knpe ea? nie najwa kan?' setelah Najwa menerima sms itu dia begitu gembira kerana Ahmed mengenalinya dan di situ mulanya bibik cinta diantara Ahmed dan Najwa. 

Daripada "saya awak" bertukar kepada "b dan bby" dan dari semester 2 sehingga semester 5 percintaan mereka bertahan, namun bukanya semuanya indah ada juga pahit manis, suka dan duka dalam percintaan mereka. Namun Ahmed sentiasa berpesan kepada Najwa bahawa walapun apa yang terjadi dia akan menjaga Najwa dengan sebaik yang mungkin dan akan membuat dia gembira. Ahmed besyukur kerana Najwa telah banyak mengajar Ahmed tentang kehidupan dan membuat dia sedar akan kekurangan selama ini yang dia ada. Itu yang membuatkan rasa sayang Ahmed semakin kuat dan dia yakin bahawa Najwa yang terbaik untuk dia dan tak ada yang dapat menggantikan tempat Najwa, Ahmed selalau berpesan kepada Najwa bahawa dia tidak akan meninggalkan dia. Itu kata paling bermakna dalam hidup Najwa dan diingati sampai mati

Setelah lima tahun bercinta segala pahit dan manis mereka lalui bersama, banyak kenangan yang tercipta antara mereka. Ahmed sudah bercadang untuk menjadikan Najwa yang halal bagi dia. Segala persiapan telah di adakan untuk menyambut hari yang gembira bagi pasangan itu. Tetapi bak kate pepatah ajal maut di tangan tuhan kita mampu merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukan. Jodoh mereka tidak kesampaian apabila Najwa telah meninggal akibat kemalangan semasa perjalanan pergi melawat makcik dia di Kulai.Kemalangan itu melibatkan kereta Najwa bertembung dengan lori membawa muatan pasir. Ahmed yang mendengar berita itu masih berasa amat sedih dan tidak dapat menerima berita tersebut.

Sepuluh tahun kejadian itu berlalu Ahmed  dan ia masih segar di ingataan seperti baru berlaku semalam, cinta dia terhadap Najwa masih teguh walaupun kejadian itu sudah lama berlalu. Ahmed mendoakan Najwa ditempatkan di kalangan orang yang beriman di sisi Allah S.W.T dan dia berharap jikalau tiada jodoh di dunia  dia mendoakan jodoh dia bersama Najwa di akhirat kelak.


 *Saya sebagai penulis ingin memdedikasikan cerita ini kepada seseorang yang teramat istimewa bagi saya dan saya akan selalu mencintai awak 

Beribu sesalan

Azaman seorang lelaki yang boleh diakatakan telah berjaya dalam hidup. Dia seorang usahawan yang berjaya dengan perniagaan dan telah membuka satu kedai aksesori kereta yang terletak di Puchong, Selangor.Walaupun, dia berjaya di dalam usia 30-an tetapi dia seorang yang tidak sombong dan sentiasa berpijak pada bumi yang nyata. Aku pula seorang akauntan di sebuah syarikat swasta terkemuka di Petaling Jaya. Aku berasal dari keluarga yang sederhana dan tinggal bersama keluarga. Di dalam keluarga aku adalah anak tunggal. Oleh kerana itu, aku seorang yang manja dan segala keinginan aku di penuhi oleh kedua orang tua ku. 


Pada suatu hari, selepas aku pulang dari kerja, ibu ku memberitahu kepada ku yang ada rombongan merisik datang untuk melamar ku "Ana ... tadi ada orang datang melamar kamu, ibu amat berkenenan dengan pemuda yang datang tadi.' banyak persoalan yang bermain di fikiran aku. Siapakah permuda yang datang melamar aku? sebelum aku sempat menanyakan siapa pemuda itu, ibu ku memberitahu yang dia menerima lamaran itu. Dengan nada yang marah aku berkata " ibu ! kenapa ibu terima lamaran  itu ? kenapa ibu membuat keputusan tanpa bertanyakan Ana dulu ibu ! " kemudian ibu menjawab " Ana, ibu menerima lamaran itu kerana sudah tiba masa untuk kamu belajar hidup berdikari, sampai bila nak hidup dengan ibu dan ayah kamu." aku menjawab " tapi ibu Ana belum bersedia lagi." ibu dengan lembut menjawab " bersedia atau tidak kamu tetap akan berkahwin dengannya ! " Dengan perasaan marah aku masuk kebilik sambil menghempas pintu . Banyak soalan yang tiada jawapan bermain di fikiran aku ini, aku rasa belum bersedia untuk menjadi isteri orang, oleh kerana permintaan ibu aku turutkan jua. Hari yang aku rasa kan hari paling malang telah tiba jua. Aku telah bernikah dengan pemuda iaitu Azaman dengan dasar paksaan oleh orang tua ku.


Aku membencinya, itulah yang selalu kubisikkan dalam hatiku hampir sepanjang kami bersama. Meskipun menikahinya, aku tak pernah benar-benar menyerahkan hatiku padanya. Berkahwin kerana paksaan orangtua, membuatku membenci suamiku sendiri.

Walaupun berkahwin secara paksa, aku tidak pernah menunjukkan sikap benciku. Meskipun membencinya, setiap hari aku melayaninya sebagaimana tugas isteri. Aku terpaksa melakukan semuanya kerana aku tidak ada pilihanlain. Beberapa kali muncul keinginan meninggalkannya tapi aku tidak ada sumber kewangan lain dan sokongan sesiapa. Kedua orangtuaku sangat menyayangi suamiku kerana menurut mereka, suamiku adalah lelaki paling sempurna untuk satu-satunya anak perempuan mereka.

Selepas berkahwin, aku menjadi isteri yang teramat manja. Aku lakukan apa-apa sesuka hatiku. Suamiku juga memanjakanku sedemikian rupa. Aku tidak pernah benar-benar menjalani tugasku sebagai seorang isteri. Aku telah menyerahkan hidupku padanya sehingga semua perkara dia uruskan membuatku bahagia dengan menuruti semua keinginanku.

Di rumah kami, akulah ratunya. Tidak ada seorangpun yang berani melawan. Jika ada sedikit saja masalah, aku selalu menyalahkan suamiku. Aku tak suka tualanya yang basah yang diletakkan di atas katil, aku tidak suka melihat dia meletakkan sudu bekas susu di atas meja dan meninggalkan pinggan di atas meja, aku benci ketika dia memakai komputerku meskipun hanya untuk menyelesaikan tugasnya.

Aku marah kalau dia menggantung bajunya di almari bajuku, aku juga marah kalau dia memakai ubat gigi tanpa memincitnya dengan rapi, aku marah kalau dia menghubungiku berkali-kali ketika aku sedang bersenang-senang dengan kawan-kawanku.

Aku memilih untuk tidak punya anak. Meskipun tidak bekerja, tapi aku tidak mahu mengurus anak. Pada mulanya dia bersetuju dan akupun mengambil pil perancang. Tapi rupanya dia menyembunyikan keinginannya sehingga satu hari aku terlupa memakan pil dan dia walau pun dia tahu tapi dia membiarkannya. Aku mengandung dan menyedarinya setelah lebih dari empat bulan, doktor pun menolak untuk menggugurkannya.

Itulah kemarahanku terbesar padanya. Kemarahan semakin bertambah ketika aku mengandung sepasang anak kembar dan harus mengalami kelahiran yang sukar. Aku memaksanya melakukan vasectomy supaya aku tidak mengandung lagi. Dengan patuh ia melakukan semua keinginanku kerana aku mengancam akan meninggalkannya bersama kedua anak kami.

Waktu berlalu sehingga anak-anak kami berusia lapan tahun. Seperti pagi-pagi sebelumnya, aku bangun paling lambat. Suami dan anak-anak sudah menungguku di meja makan. Seperti biasa, dialah yang menyediakan sarapan pagi dan mengantar anak-anak ke sekolah. Hari itu, dia mengingatkan bahawa hari itu adalah hari lahir ibuku. Aku hanya menjawab dengan anggukan tanpa mempedulikan kata-katanya yang mengingatkan peristiwa berikut di tahun sebelumnya, semasa itu aku pergi shopping dan tidak hadir di majlis ibu. Yaah, kerana merasa teraniaya kerana di paksa kahwin, aku juga membenci kedua orangtuaku.

Sebelum ke pejabat, biasanya suamiku mencium pipiku saja dan diikuti anak-anak. Tetapi hari itu, dia juga memelukku sehingga anak-anak mengejek ayahnya. Aku berusaha mengelak dan melepaskan pelukannya. Meskipun akhirnya ikut tersenyum bersama anak-anak.

Dia kembali mencium hingga beberapa kali di depan pintu, seakan-akan berat untuk pergi.

Ketika mereka pergi, aku ke spa. Menghabiskan masa di spa adalah hobiku. Aku tiba di salon kegemaranku beberapa jam kemudian. Di spa aku bertemu salah satu rakanku iaitu rakan yang aku tidak berapa suka.Kami berbual dengan asyik termasuk saling menunjuk-nunjuk kehebatan kami.

Semasa untuk bayar spa, namun betapa terkejutnya aku ketika menyedari bahawa dompetku tertinggal di rumah. Meskipun aku membawa beg tangan tetapi dompetku tiada di dalamnya. Sambil berusaha mengingati apa yang terjadi hingga dompetku tiada aku menelefon suamiku dan bertanya.

“Maaf sayang, kelmarin Farhan meminta duit saku dan aku tidak ada duit kecil masa itu, maka kuambil dari dompetmu. Aku lupa menaruhnya kembali ke dalam beg tangan, kalau tidak salah aku letakkan di atas meja.” Katanya menjelaskan dengan lembut.

Dengan marah, aku membebel dengan kasar. Kututup handphone tanpa menunggu dia selesai bercakap. Tidak lama kemudian, handphoneku kembali berbunyi dan meskipun masih geram, akupun mengangkatnya dengan separuh membentak.

“Apalagi??”

“Sayang, aku pulang sekarang, aku akan ambil dompet dan mengantarnya kepadamu. Sayang sekarang ada dimana?” tanya suamiku cepat , khuatir aku menutup telefon kembali.

Aku menyebut nama spa dan tanpa menunggu jawapannya lagi, aku kembali menutup telefon. Aku bercakap dengan kasar dan mengatakan bahawa suamiku akan datang membayar bil spa. Tuan punya spa yang juga kenalanku sebenarnya tidak kisah dan mengatakan aku boleh membayarnya kemudian. Tapi rasa malu kerana “musuh”ku juga ikut mendengarku tertinggal dompet membuatku malu untuk berhutang dulu.

Hujan turun ketika aku melihat keluar dan berharap kereta suamiku segera sampai. Minit berlalu menjadi jam, aku semakin tidak sabar sehingga mulai menghubungi handphone suamiku. Tidak ada jawapan meskipun sudah berkali-kali aku telefon. Padahal biasanya hanya dua kali berdering telefonku sudah diangkat. Aku mulai merasa tidak selesa dan marah.

Teleponku diangkat setelah beberapa kali mencuba. Ketika suara bentakanku belum lagi keluar, terdengar suara asing menjawab telefon suamiku. Aku terdiam beberapa saat sebelum suara lelaki asing itu memperkenalkan diri, “selamat tengahari, cik. Apakah puan, isteri kepada Encik Ismadi?”

“Ya..!”

Lelaki asing itu memperkenalkan dirinya ialah seorang anggota polis. Dia memberitahu bahawa suamiku mengalami kemalangan dan sedang dibawa ke hospital.

Masa itu aku hanya terdiam dan hanya menjawab terima kasih. Ketika telefon ditutup, aku tertunduk dan bingung. Tanganku menggenggam erat handphone yang kupegang dan beberapa pekerja spa mendekatiku dan bertanya ada apa hingga wajahku menjadi pucat seputih kertas.

Entah bagaimana akhirnya aku sampai di hospital. Entah bagaimana juga tahu-tahu seluruh keluarga hadir di sana menyusulku. Aku yang hanya diam seribu bahasa menunggu suamiku di depan bilik ICU. Aku tidak tahu nak buat apa kerana selama ini dialah yang melakukan segalanya untukku.

Akhirnya setelah menunggu beberapa jam, tepat ketika berkumandang azan maghrib terdengar seorang doktor keluar dan menyampaikan berita – Suamiku telah tiada.

Dia pergi bukan kerana kemalangan tadi tetapi penyebabkan kematiannya ialah serangan stroke.
Selepas mendengar kata-kata doktor itu, aku sibuk menguatkan semangat kedua orangtuaku dan orangtuanya yang terperanjat. Sama sekali tidak ada airmata setitispun keluar di kedua mataku. Aku sibuk menenangkan ayah ibu dan mertuaku.

Anak-anak yang terpukul memelukku dengan erat tetapi kesedihan mereka sama sekali tak mampu membuatku menangis.
Ketika jenazah dibawa ke rumah dan aku duduk di hadapannya, aku termangu menatap wajah itu. Kusedari baru kali inilah aku benar-benar menatap wajahnya yang kelihatan tidur nyenyak. Kudekati wajahnya dan kutatapi. Masa itulah dadaku menjadi sesak teringat apa yang telah ia berikan padaku selama sepuluh tahun kami bersama.

Kusentuh perlahan wajahnya yang telah dingin dan kusedari inilah kali pertama kali aku menyentuh wajahnya yang dulu selalu dihiasi senyum hangat. Airmataku tiba-tiba berderai dengan deras, mengaburkan pandanganku.

Aku mencuba mengusap agar airmata tidak menghalangi tatapan terakhirku padanya, aku ingin mengingat semua bahagian wajahnya agar kenangan manis tentang suamiku tidak berakhir begitu saja. Tapi bukannya berhenti, airmataku semakin deras membanjiri kedua pipiku. Peringatan dari imam masjid yang mengurus pengebumian tidak mampu membuatku berhenti menangis. Aku berusaha menahannya, tapi dadaku sesak mengingat apa yang telah aku buat padanya terakhir kami berbicara. Semasa ku menatap wajah nya, terpancar semua dosa ku terhadapnya. Ingin aku mengambil mencium tangannya meminta seribu keampunan kepadanya. 

Recent Comments

Recent Posts

Search