Followers

Cinta yang berpanjangan

aqilsulong.blogspot.com
Satu pagi yang indah, sepasanga pasangan tua berusia sekitar 70-an, berjalan ke pejabat seorang peguam. Tujuan mereka kesana untuk menfailkan penceraian

Peguam dipejabat itu berasa sangat hairan, setelah berbual dengan pasangan itu mereka pun menceritakan masalah mereka. Mereka telah bertengkar selama 40 tahun sepanjang perkahwinan seperti ada saja yang tak kena. Perkahwinan mereka bertahan selama ini atas sebab anak-anak mereka dan takut ia mamberi kesan kepada mereka. Sekarang anak-anak mereka sedah besar dan mempunyai keluarga sendiri. Tiada apa yang perlu dirisaukan oleh pasangan tua ini. Mereka ingin membawa haluan masing-masing dan ingin melupakan kesedihan semasa perkahwinan mereka, mereka pun bersetuju untuk becerai.

Peguam menghadapi masa yang sukar untuk menyiapkan keras kerja untuk mereka kerena dia merasakan perkahwinan selama 40 tahun pada usia mereka 70-an, dia berasa hairan kenapa mereka menginginkan peceraian. Semasa pasangan itu menanda tangani kertas penceraian mereka, si isteri memberitahu suamiya " saya benar menyayangi kamu, tetapi saya tidak boleh menjalankan lagi tugas saya sebagai isteri kamu. Saya mintak maaf....". "Tidak mengapa, saya faham.." kata si suami. Kemudian, peguam ingin mengadakan makan malam bersama, hanya mereka bertiga sahaja. Si isteri berfikir kenapa tidak memandangkan kita akan berkawan.

Semasa dimeja makan suasana menjadi sunyi dan pasangan tua itu merasa sedikit janggal. Hidangan pertama iaitu ayam panggang, serta merta si suami mengambil peha ayam itu dan memberikan kepada si isteri sambil berkata " ambil lah saya tau peha ayam kegemaran awak." Melihat situasi ini peguam merasakan masih ada peluang untuk mereka berbaik kembali, tetapi si isteri memarahi si suami dan berkata " ini lah masalahnya, awak selalu berfikiran jauh dan tidak pernah tau apa yang saya rasa, awak tau yang saya tak suka peha ayam. ". Apa yang si isteri tidak tahu sejak beberapa tahun lepas si suami telah mencuba  pelbagai cara untuk mengambil hati si isteri. Apa yang si isteri tidak tahu bahawa peha ayam adalah kegemaran si suami dia sanggup memberi kepada si isteri nya. Walaupun si isteri tidak menyukai peha ayam, kerana si suami mahu berikan yang terbaik untuk isterinya.

Selepas makan malam mereka pun pulang ke rumah mereka berasingan. Pada waktu malam mereka berdua tidak boleh melelapkan mata mereka. Mereka berpusing kearah kiri, kanan ,kiri dan kanan..... selepas sejam, si suami pun berfikir panjang dan berkata " saya sudah tidak boleh tunggu lagi, saya masih lagi mencintai dia dan saya tidak dapat meneruskan hidup tanpa dia." . Si suami inginkan isterinya kembali, dia ingin mengakatakan dia berasa menyesal atas perbuatan dia dan ingin memberi tahu yang dia amat mencintainya. Si  suami mengambil telefon dan terus mendail nombor isterinya. Deringan tidak pernah berhenti... dia tidak berhenti mendail.

Si isteri pula berasa sangat sedih kerana setelah beberapa tahun bersama si suami masih tidak memahaminya. Dia amat menyayangi suaminya tetapi dia tidak boleh menahan dengan sikap suaminya lagi.Telefon berdering dan dia enggan menjawab mengetahui yang menelefon itu adalah suaminya. " Apa gunanya untuk di bincang lagi pada hal ia sudah berakhir.. saya yang meminta untuk berpisah dan saya akan mengekalkan sebegini.. jika tidak ini menandakan saya sudah kalah." dia berfikir,telefon masih berbunyi dan terus dia mematikannya.

Baru si isteri teringat yang suaminya mempunyai maslah jantung.

Pada keesokkan harinya, si isteri menerima panggial yang mengatakan bahawa si suami telah meninggal dunia. Dia bergegas ke aparmentnya dan melihat tubuh suaminya yang masih memegang telefon terbaring di atas sofa. Si suami mengalami serangan jantung ketika dia menelefon isterinya.

Setelah seminggu kematian suaminya, si isteri pergi ke aparment suaminya untuk mengambil barang kepunyaan suaminya. Dalam keadaan sedih dan puli semasa mengemas barang-barang dia terjumpa satu fail di dalam laci. Fail itu adalah polisi insurans bertarikh pada hari perkahwinan mereka, dengan segala kadar faedah dan harta diberikan kepada isterinya. Bersama fail itu ada satu nota yang bertulis....

" Kepada isteri yang ku cintai, semasa awak membaca nota ini saya sudah tiada lagi di dunia ini. Saya membeli polisi insurans ini untuk kamu dengan jumlah RM 100,0000, saya harap ia dapat membantu saya untuk terus menunaikan janji saya pada awak semasa kita kahwin dulu. Mungkin saya sudah tiada lagi bersama awak tetapi dengan  jumlah wang yang saya tinggalkan mampu untuk menjaga awak seperti mana saya menjaga awak jikalau saya masih hidup. Saya mahu awak tahu yang saya akan sentiasa bersama awak di sisi awak.... I LOVE U ."
Setelah membaca nota itu, si isteri terduduk dan menangis. Air mata yang keluar seperti sungai yang mengalir...


" Apabila anda mencintai seseorang, biarkan mereka tahu... Anda tidak tahu apa yang akan berlaku selepas beberapa minit.... Belajar untuk membina hidup bersama-sama... Belajar untuk mencintai mereka demgan seadanya...." 

Sepanjang hidup

aqilsulong.blogspot.com
Aku bersyukur kau disini kasih dikalbuku, mengiringi dan padamu. Ingin ku sampaikan kau adalah cahaya hati. Dulu ku palingkan diri dari cinta sehingga kau hadir dasn mengubah segalanya dan ini lah janji ku padamu, sepanjang hidupku aku akan bersamamu kesetiaanku tulus hanya untukmu sehingga akhir waktu kaulah cintaku. Sepanjang hidup dan seiring waktu aku besyukur atas hadirmu ini dan selamanya aku milikmu. Yakini hatiku yang kau adalah anugerah dari sang Maha Rahim dan semoga Allah S.W.T berkati kita. Oh, kekasih penguat jiwa aku berdoa, kau dan aku di Jannah dan ku temukan kekuatanku disisimu. Kau hadir menyempurnakan seluruh hidupku dan inilah janji ku padamu.

Boleh ke cinta macam nie.

Hello peeps, hari nie nak update satu entry yang agak menarik tentang percintaan. Kita semua tau percintaan melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita yang WARAS saya ulang sekali lain yang WARAS.  Sebab apa saya cakap cm tuh kerana nak bagitau pasal percintaan kaum 'sejenis' nie. Tak tau nak kate ape la dah la bercinta dengan kaum sendiri pastuh pergi hebahkan kat facebook kononnye percintaan diorang nie SUCI sangat la. C'mon la orang buta pun tak payah tengok dengar je boleh buat diorang nie muntah hijau. Kalau post tuh diorang sendiri bace tape la nie orang lain boleh baca.

http://aqilsulong.blogspot.com/

Korang tengok kan ape yang diorang post , ape ke patut si 'BF' ni tulis yang 'ikhlas kerana Allah S.W.T' ni da kire menghina agama da nie. Mane ade cinta dengan kaum sejenis ikhlas keran Allah S.W.T mazhab mane die pakai nie nak tau gak kan, agama mane die ikot nak tau gak. Inilah yang saya mampu lakukan sebagai peringataan ,kang tulis kat status FB kan kate menyibuk kacau hal orang la ,LOL. Saya tau ad yang kawan-kawan awak macam nie gak kan. Sepatut nya kawan pun nasihat la sikit ,nie ta boleh LIKE lagi status nya. Ini hanya sebagai renungan saja kita sudah diakhir zaman dan cinta mereka nie tak boleh pun nak sampai alam perkhawinan. So cakap banyak tak gune renungkan la ye .

Ingin kamu disini

http://aqilsulong.blogspot.com/
Ada seorang gadis yang berharap yang kekasih nya sentiasa berada disini nya. Gadis ini cuba untuk tabah dan kuat dalam mengharungi kehidupan tanpa nya. Kata-kata kekasihnya masih lagi bermain difikiran gadis ini dan dia selalu terbayang kelibat kekasihnya di mana -mana dan dia berharap kekasihnya bersamanya. Dia selalu ber doa " apa yang boleh saya lakukan untuk awak bersama saya dan saya ingin awak di sisi saya ". Masih teringat kenangan bersama sewaktu bersamanya gelak tawa dan tangisan dikongsi bersama. Dalam keadaan susah dan senang kita bersama. Oh sungguh indah kenangan itu dan dia berharap kenangan ini akan berkekalan. Gadis ini berharap kekasihnya bergitu juga dan berharap dia ada di sampingnya.

Recent Comments

Recent Posts

Search