"Saat saya menulis surat ini untuk awak, saya mahu awak tahu yang saya sngat mencintai awak. Kehadiran awak dalam hidup saya telah mengajar banyak tentang erti kehidupan yang selama ini saya tidak tahu. Banyak insan yang datang dalam hidup saya dan tipu jika ada perasaan sayang pada mereka. Tetapi saya mahu awak tahu yang awak sahaja insan yang saya cintai sepenuh hati saya tiada yang dapat menggantikan tempat awak. Saya amat berharap bahawa yang awak akan mencintai saya seperti mana saya mencintai awak. Cinta saya hanya untuk awak dan awak seoranga sahaja yang layak memiliki cinta saya. Walaupun banyak kali awak menyakiti hati saya tetapi saya rela melupakan semua kesakitan itu demi cinta saya pada awak. Walaupun cinta saya tidak seagung cinta Nabi Muhammad S.A.W dsan Siti Khadijah, tetapi apa yang saya tau cinta saya untuk saya adalah suci. Masa dan jarak yang menyukarkan saya bertemu dan bemersa dengan awak. Tetapi sesukar mana pun ia tidak dapat memisahkan kita dan saya hanya berharap ajal maut sahaja dapat memisahkan kita. Sukar saya untuk menulis surat ini dengan air mata yang mengalir keluar dari mata ini, tetapi ini adalah kenyataannya saat awak membaca surat ini bermakna saya tiada lagi di dunia ini. Saya berharap awak bisa mencari pengganti diri saya yang lebih baik dari saya kerana saya tidak mahu awak kesunyian pabila saya sudah tiada. Semoga insan yang dapat menggantikan saya lebih baik dari saya. Jangan menangis dikubur saya kerana saya tidak akan kembali untuk awak. Awak perlu teruskan hidup dan menjadi lebih kuat dari saya. Saya mahu awak tahu yang bahwa SAYA AMAT CINTAI AWAK SEHINGGA INI."
Followers
Surat Cinta Untuk Dia
Sewaktu saya menziarahi kubur arwah nenek saya, saya terjumpa satu surat yang ditinggalkan oleh seorang wanita diatas kubur. Saya mengambil dan membaca surat itu.....
Cinta yang berpanjangan
![]() |
| aqilsulong.blogspot.com |
Peguam dipejabat itu berasa sangat hairan, setelah berbual dengan pasangan itu mereka pun menceritakan masalah mereka. Mereka telah bertengkar selama 40 tahun sepanjang perkahwinan seperti ada saja yang tak kena. Perkahwinan mereka bertahan selama ini atas sebab anak-anak mereka dan takut ia mamberi kesan kepada mereka. Sekarang anak-anak mereka sedah besar dan mempunyai keluarga sendiri. Tiada apa yang perlu dirisaukan oleh pasangan tua ini. Mereka ingin membawa haluan masing-masing dan ingin melupakan kesedihan semasa perkahwinan mereka, mereka pun bersetuju untuk becerai.
Peguam menghadapi masa yang sukar untuk menyiapkan keras kerja untuk mereka kerena dia merasakan perkahwinan selama 40 tahun pada usia mereka 70-an, dia berasa hairan kenapa mereka menginginkan peceraian. Semasa pasangan itu menanda tangani kertas penceraian mereka, si isteri memberitahu suamiya " saya benar menyayangi kamu, tetapi saya tidak boleh menjalankan lagi tugas saya sebagai isteri kamu. Saya mintak maaf....". "Tidak mengapa, saya faham.." kata si suami. Kemudian, peguam ingin mengadakan makan malam bersama, hanya mereka bertiga sahaja. Si isteri berfikir kenapa tidak memandangkan kita akan berkawan.
Semasa dimeja makan suasana menjadi sunyi dan pasangan tua itu merasa sedikit janggal. Hidangan pertama iaitu ayam panggang, serta merta si suami mengambil peha ayam itu dan memberikan kepada si isteri sambil berkata " ambil lah saya tau peha ayam kegemaran awak." Melihat situasi ini peguam merasakan masih ada peluang untuk mereka berbaik kembali, tetapi si isteri memarahi si suami dan berkata " ini lah masalahnya, awak selalu berfikiran jauh dan tidak pernah tau apa yang saya rasa, awak tau yang saya tak suka peha ayam. ". Apa yang si isteri tidak tahu sejak beberapa tahun lepas si suami telah mencuba pelbagai cara untuk mengambil hati si isteri. Apa yang si isteri tidak tahu bahawa peha ayam adalah kegemaran si suami dia sanggup memberi kepada si isteri nya. Walaupun si isteri tidak menyukai peha ayam, kerana si suami mahu berikan yang terbaik untuk isterinya.
Selepas makan malam mereka pun pulang ke rumah mereka berasingan. Pada waktu malam mereka berdua tidak boleh melelapkan mata mereka. Mereka berpusing kearah kiri, kanan ,kiri dan kanan..... selepas sejam, si suami pun berfikir panjang dan berkata " saya sudah tidak boleh tunggu lagi, saya masih lagi mencintai dia dan saya tidak dapat meneruskan hidup tanpa dia." . Si suami inginkan isterinya kembali, dia ingin mengakatakan dia berasa menyesal atas perbuatan dia dan ingin memberi tahu yang dia amat mencintainya. Si suami mengambil telefon dan terus mendail nombor isterinya. Deringan tidak pernah berhenti... dia tidak berhenti mendail.
Si isteri pula berasa sangat sedih kerana setelah beberapa tahun bersama si suami masih tidak memahaminya. Dia amat menyayangi suaminya tetapi dia tidak boleh menahan dengan sikap suaminya lagi.Telefon berdering dan dia enggan menjawab mengetahui yang menelefon itu adalah suaminya. " Apa gunanya untuk di bincang lagi pada hal ia sudah berakhir.. saya yang meminta untuk berpisah dan saya akan mengekalkan sebegini.. jika tidak ini menandakan saya sudah kalah." dia berfikir,telefon masih berbunyi dan terus dia mematikannya.
Baru si isteri teringat yang suaminya mempunyai maslah jantung.
Pada keesokkan harinya, si isteri menerima panggial yang mengatakan bahawa si suami telah meninggal dunia. Dia bergegas ke aparmentnya dan melihat tubuh suaminya yang masih memegang telefon terbaring di atas sofa. Si suami mengalami serangan jantung ketika dia menelefon isterinya.
Setelah seminggu kematian suaminya, si isteri pergi ke aparment suaminya untuk mengambil barang kepunyaan suaminya. Dalam keadaan sedih dan puli semasa mengemas barang-barang dia terjumpa satu fail di dalam laci. Fail itu adalah polisi insurans bertarikh pada hari perkahwinan mereka, dengan segala kadar faedah dan harta diberikan kepada isterinya. Bersama fail itu ada satu nota yang bertulis....
" Kepada isteri yang ku cintai, semasa awak membaca nota ini saya sudah tiada lagi di dunia ini. Saya membeli polisi insurans ini untuk kamu dengan jumlah RM 100,0000, saya harap ia dapat membantu saya untuk terus menunaikan janji saya pada awak semasa kita kahwin dulu. Mungkin saya sudah tiada lagi bersama awak tetapi dengan jumlah wang yang saya tinggalkan mampu untuk menjaga awak seperti mana saya menjaga awak jikalau saya masih hidup. Saya mahu awak tahu yang saya akan sentiasa bersama awak di sisi awak.... I LOVE U ."Setelah membaca nota itu, si isteri terduduk dan menangis. Air mata yang keluar seperti sungai yang mengalir...
" Apabila anda mencintai seseorang, biarkan mereka tahu... Anda tidak tahu apa yang akan berlaku selepas beberapa minit.... Belajar untuk membina hidup bersama-sama... Belajar untuk mencintai mereka demgan seadanya...."
Sepanjang hidup
![]() |
| aqilsulong.blogspot.com |
Boleh ke cinta macam nie.
Hello peeps, hari nie nak update satu entry yang agak menarik tentang percintaan. Kita semua tau percintaan melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita yang WARAS saya ulang sekali lain yang WARAS. Sebab apa saya cakap cm tuh kerana nak bagitau pasal percintaan kaum 'sejenis' nie. Tak tau nak kate ape la dah la bercinta dengan kaum sendiri pastuh pergi hebahkan kat facebook kononnye percintaan diorang nie SUCI sangat la. C'mon la orang buta pun tak payah tengok dengar je boleh buat diorang nie muntah hijau. Kalau post tuh diorang sendiri bace tape la nie orang lain boleh baca.
Korang tengok kan ape yang diorang post , ape ke patut si 'BF' ni tulis yang 'ikhlas kerana Allah S.W.T' ni da kire menghina agama da nie. Mane ade cinta dengan kaum sejenis ikhlas keran Allah S.W.T mazhab mane die pakai nie nak tau gak kan, agama mane die ikot nak tau gak. Inilah yang saya mampu lakukan sebagai peringataan ,kang tulis kat status FB kan kate menyibuk kacau hal orang la ,LOL. Saya tau ad yang kawan-kawan awak macam nie gak kan. Sepatut nya kawan pun nasihat la sikit ,nie ta boleh LIKE lagi status nya. Ini hanya sebagai renungan saja kita sudah diakhir zaman dan cinta mereka nie tak boleh pun nak sampai alam perkhawinan. So cakap banyak tak gune renungkan la ye .
![]() |
| http://aqilsulong.blogspot.com/ |
Korang tengok kan ape yang diorang post , ape ke patut si 'BF' ni tulis yang 'ikhlas kerana Allah S.W.T' ni da kire menghina agama da nie. Mane ade cinta dengan kaum sejenis ikhlas keran Allah S.W.T mazhab mane die pakai nie nak tau gak kan, agama mane die ikot nak tau gak. Inilah yang saya mampu lakukan sebagai peringataan ,kang tulis kat status FB kan kate menyibuk kacau hal orang la ,LOL. Saya tau ad yang kawan-kawan awak macam nie gak kan. Sepatut nya kawan pun nasihat la sikit ,nie ta boleh LIKE lagi status nya. Ini hanya sebagai renungan saja kita sudah diakhir zaman dan cinta mereka nie tak boleh pun nak sampai alam perkhawinan. So cakap banyak tak gune renungkan la ye .
Subscribe to:
Posts (Atom)



