Azaman seorang lelaki yang boleh diakatakan telah berjaya dalam hidup. Dia seorang usahawan yang berjaya dengan perniagaan dan telah membuka satu kedai aksesori kereta yang terletak di Puchong, Selangor.Walaupun, dia berjaya di dalam usia 30-an tetapi dia seorang yang tidak sombong dan sentiasa berpijak pada bumi yang nyata. Aku pula seorang akauntan di sebuah syarikat swasta terkemuka di Petaling Jaya. Aku berasal dari keluarga yang sederhana dan tinggal bersama keluarga. Di dalam keluarga aku adalah anak tunggal. Oleh kerana itu, aku seorang yang manja dan segala keinginan aku di penuhi oleh kedua orang tua ku.
Pada suatu hari, selepas aku pulang dari kerja, ibu ku memberitahu kepada ku yang ada rombongan merisik datang untuk melamar ku "Ana ... tadi ada orang datang melamar kamu, ibu amat berkenenan dengan pemuda yang datang tadi.' banyak persoalan yang bermain di fikiran aku. Siapakah permuda yang datang melamar aku? sebelum aku sempat menanyakan siapa pemuda itu, ibu ku memberitahu yang dia menerima lamaran itu. Dengan nada yang marah aku berkata " ibu ! kenapa ibu terima lamaran itu ? kenapa ibu membuat keputusan tanpa bertanyakan Ana dulu ibu ! " kemudian ibu menjawab " Ana, ibu menerima lamaran itu kerana sudah tiba masa untuk kamu belajar hidup berdikari, sampai bila nak hidup dengan ibu dan ayah kamu." aku menjawab " tapi ibu Ana belum bersedia lagi." ibu dengan lembut menjawab " bersedia atau tidak kamu tetap akan berkahwin dengannya ! " Dengan perasaan marah aku masuk kebilik sambil menghempas pintu . Banyak soalan yang tiada jawapan bermain di fikiran aku ini, aku rasa belum bersedia untuk menjadi isteri orang, oleh kerana permintaan ibu aku turutkan jua. Hari yang aku rasa kan hari paling malang telah tiba jua. Aku telah bernikah dengan pemuda iaitu Azaman dengan dasar paksaan oleh orang tua ku.
Aku membencinya, itulah yang selalu kubisikkan dalam hatiku hampir sepanjang kami bersama. Meskipun menikahinya, aku tak pernah benar-benar menyerahkan hatiku padanya. Berkahwin kerana paksaan orangtua, membuatku membenci suamiku sendiri.
Walaupun berkahwin secara paksa, aku tidak pernah menunjukkan sikap benciku. Meskipun membencinya, setiap hari aku melayaninya sebagaimana tugas isteri. Aku terpaksa melakukan semuanya kerana aku tidak ada pilihanlain. Beberapa kali muncul keinginan meninggalkannya tapi aku tidak ada sumber kewangan lain dan sokongan sesiapa. Kedua orangtuaku sangat menyayangi suamiku kerana menurut mereka, suamiku adalah lelaki paling sempurna untuk satu-satunya anak perempuan mereka.
Selepas berkahwin, aku menjadi isteri yang teramat manja. Aku lakukan apa-apa sesuka hatiku. Suamiku juga memanjakanku sedemikian rupa. Aku tidak pernah benar-benar menjalani tugasku sebagai seorang isteri. Aku telah menyerahkan hidupku padanya sehingga semua perkara dia uruskan membuatku bahagia dengan menuruti semua keinginanku.
Di rumah kami, akulah ratunya. Tidak ada seorangpun yang berani melawan. Jika ada sedikit saja masalah, aku selalu menyalahkan suamiku. Aku tak suka tualanya yang basah yang diletakkan di atas katil, aku tidak suka melihat dia meletakkan sudu bekas susu di atas meja dan meninggalkan pinggan di atas meja, aku benci ketika dia memakai komputerku meskipun hanya untuk menyelesaikan tugasnya.
Aku marah kalau dia menggantung bajunya di almari bajuku, aku juga marah kalau dia memakai ubat gigi tanpa memincitnya dengan rapi, aku marah kalau dia menghubungiku berkali-kali ketika aku sedang bersenang-senang dengan kawan-kawanku.
Aku memilih untuk tidak punya anak. Meskipun tidak bekerja, tapi aku tidak mahu mengurus anak. Pada mulanya dia bersetuju dan akupun mengambil pil perancang. Tapi rupanya dia menyembunyikan keinginannya sehingga satu hari aku terlupa memakan pil dan dia walau pun dia tahu tapi dia membiarkannya. Aku mengandung dan menyedarinya setelah lebih dari empat bulan, doktor pun menolak untuk menggugurkannya.
Itulah kemarahanku terbesar padanya. Kemarahan semakin bertambah ketika aku mengandung sepasang anak kembar dan harus mengalami kelahiran yang sukar. Aku memaksanya melakukan vasectomy supaya aku tidak mengandung lagi. Dengan patuh ia melakukan semua keinginanku kerana aku mengancam akan meninggalkannya bersama kedua anak kami.
Waktu berlalu sehingga anak-anak kami berusia lapan tahun. Seperti pagi-pagi sebelumnya, aku bangun paling lambat. Suami dan anak-anak sudah menungguku di meja makan. Seperti biasa, dialah yang menyediakan sarapan pagi dan mengantar anak-anak ke sekolah. Hari itu, dia mengingatkan bahawa hari itu adalah hari lahir ibuku. Aku hanya menjawab dengan anggukan tanpa mempedulikan kata-katanya yang mengingatkan peristiwa berikut di tahun sebelumnya, semasa itu aku pergi shopping dan tidak hadir di majlis ibu. Yaah, kerana merasa teraniaya kerana di paksa kahwin, aku juga membenci kedua orangtuaku.
Sebelum ke pejabat, biasanya suamiku mencium pipiku saja dan diikuti anak-anak. Tetapi hari itu, dia juga memelukku sehingga anak-anak mengejek ayahnya. Aku berusaha mengelak dan melepaskan pelukannya. Meskipun akhirnya ikut tersenyum bersama anak-anak.
Dia kembali mencium hingga beberapa kali di depan pintu, seakan-akan berat untuk pergi.
Ketika mereka pergi, aku ke spa. Menghabiskan masa di spa adalah hobiku. Aku tiba di salon kegemaranku beberapa jam kemudian. Di spa aku bertemu salah satu rakanku iaitu rakan yang aku tidak berapa suka.Kami berbual dengan asyik termasuk saling menunjuk-nunjuk kehebatan kami.
Semasa untuk bayar spa, namun betapa terkejutnya aku ketika menyedari bahawa dompetku tertinggal di rumah. Meskipun aku membawa beg tangan tetapi dompetku tiada di dalamnya. Sambil berusaha mengingati apa yang terjadi hingga dompetku tiada aku menelefon suamiku dan bertanya.
“Maaf sayang, kelmarin Farhan meminta duit saku dan aku tidak ada duit kecil masa itu, maka kuambil dari dompetmu. Aku lupa menaruhnya kembali ke dalam beg tangan, kalau tidak salah aku letakkan di atas meja.” Katanya menjelaskan dengan lembut.
Dengan marah, aku membebel dengan kasar. Kututup handphone tanpa menunggu dia selesai bercakap. Tidak lama kemudian, handphoneku kembali berbunyi dan meskipun masih geram, akupun mengangkatnya dengan separuh membentak.
“Apalagi??”
“Sayang, aku pulang sekarang, aku akan ambil dompet dan mengantarnya kepadamu. Sayang sekarang ada dimana?” tanya suamiku cepat , khuatir aku menutup telefon kembali.
Aku menyebut nama spa dan tanpa menunggu jawapannya lagi, aku kembali menutup telefon. Aku bercakap dengan kasar dan mengatakan bahawa suamiku akan datang membayar bil spa. Tuan punya spa yang juga kenalanku sebenarnya tidak kisah dan mengatakan aku boleh membayarnya kemudian. Tapi rasa malu kerana “musuh”ku juga ikut mendengarku tertinggal dompet membuatku malu untuk berhutang dulu.
Hujan turun ketika aku melihat keluar dan berharap kereta suamiku segera sampai. Minit berlalu menjadi jam, aku semakin tidak sabar sehingga mulai menghubungi handphone suamiku. Tidak ada jawapan meskipun sudah berkali-kali aku telefon. Padahal biasanya hanya dua kali berdering telefonku sudah diangkat. Aku mulai merasa tidak selesa dan marah.
Teleponku diangkat setelah beberapa kali mencuba. Ketika suara bentakanku belum lagi keluar, terdengar suara asing menjawab telefon suamiku. Aku terdiam beberapa saat sebelum suara lelaki asing itu memperkenalkan diri, “selamat tengahari, cik. Apakah puan, isteri kepada Encik Ismadi?”
“Ya..!”
Lelaki asing itu memperkenalkan dirinya ialah seorang anggota polis. Dia memberitahu bahawa suamiku mengalami kemalangan dan sedang dibawa ke hospital.
Masa itu aku hanya terdiam dan hanya menjawab terima kasih. Ketika telefon ditutup, aku tertunduk dan bingung. Tanganku menggenggam erat handphone yang kupegang dan beberapa pekerja spa mendekatiku dan bertanya ada apa hingga wajahku menjadi pucat seputih kertas.
Entah bagaimana akhirnya aku sampai di hospital. Entah bagaimana juga tahu-tahu seluruh keluarga hadir di sana menyusulku. Aku yang hanya diam seribu bahasa menunggu suamiku di depan bilik ICU. Aku tidak tahu nak buat apa kerana selama ini dialah yang melakukan segalanya untukku.
Akhirnya setelah menunggu beberapa jam, tepat ketika berkumandang azan maghrib terdengar seorang doktor keluar dan menyampaikan berita – Suamiku telah tiada.
Dia pergi bukan kerana kemalangan tadi tetapi penyebabkan kematiannya ialah serangan stroke.
Selepas mendengar kata-kata doktor itu, aku sibuk menguatkan semangat kedua orangtuaku dan orangtuanya yang terperanjat. Sama sekali tidak ada airmata setitispun keluar di kedua mataku. Aku sibuk menenangkan ayah ibu dan mertuaku.
Anak-anak yang terpukul memelukku dengan erat tetapi kesedihan mereka sama sekali tak mampu membuatku menangis.
Ketika jenazah dibawa ke rumah dan aku duduk di hadapannya, aku termangu menatap wajah itu. Kusedari baru kali inilah aku benar-benar menatap wajahnya yang kelihatan tidur nyenyak. Kudekati wajahnya dan kutatapi. Masa itulah dadaku menjadi sesak teringat apa yang telah ia berikan padaku selama sepuluh tahun kami bersama.
Kusentuh perlahan wajahnya yang telah dingin dan kusedari inilah kali pertama kali aku menyentuh wajahnya yang dulu selalu dihiasi senyum hangat. Airmataku tiba-tiba berderai dengan deras, mengaburkan pandanganku.
Aku mencuba mengusap agar airmata tidak menghalangi tatapan terakhirku padanya, aku ingin mengingat semua bahagian wajahnya agar kenangan manis tentang suamiku tidak berakhir begitu saja. Tapi bukannya berhenti, airmataku semakin deras membanjiri kedua pipiku. Peringatan dari imam masjid yang mengurus pengebumian tidak mampu membuatku berhenti menangis. Aku berusaha menahannya, tapi dadaku sesak mengingat apa yang telah aku buat padanya terakhir kami berbicara. Semasa ku menatap wajah nya, terpancar semua dosa ku terhadapnya. Ingin aku mengambil mencium tangannya meminta seribu keampunan kepadanya.
Followers
Kopi Masin
Hashim bertemu seorang gadis ini di suatu parti, dia yang paling cantik di antara gadis lain, ramai lelaki yang mengejar dia, tetapi semasa dia jadi biasa-biasa saja tiada siapa yang memberi perhatian kepadanya. Pada akhir parti dia menjemput gadis ini untuk minum kopi dengan dia, gadis itu terkejut, tetapi kerana kesopanan, si gadis itu pon terima pelawaan Hashim. Mereka duduk di kedai kopi yang bagus, gadis itu terlalu gementar untuk berkata apa-apa, dia rasa tidak selesa, dia berfikir, biarlah saya kembali ke rumah. Tiba-tiba Hashim itu terfikir sesuatu dan meminta sesuatu kepada pelayan: boleh beri saya sedikit garam? Saya nak masukkan dalam kopi saya.
Semua orang yang merenung kepadanya, aneh! Mukanya bertukar menjadi merah, tetapi, masih, dia memasukkan garam dalam kopi dan minum. Gadis itu merasa curiga dan ingin tahu itu bertanya "mengapa awak letak garam ke dalam kopi itu?' Hashim pon menjawab: "apabila saya berumur 5 tahun , saya tinggal berhampiran laut, saya suka bermain di laut dan dapat merasakan rasa laut yang bergitu masin yang teramat sangat seperti rasa kopi masin. Kini setiap kali saya minum kopi masin, saya akan teringat zaman kanak-kanak saya , teringat dekat kampung , saya amat rindu kampung saya dan saya akan rindu kepada ibu bapa saya yang tinggal di sana. Sambil air matanya jatuh keatas meja kopi itu. Gadis berasa itu amat terharu. Itu perasaan yang sebenar, dari lubuk hati Hashim.
"Seorang lelaki yang boleh memberitahu rindu itu adalah seorang lelaki amat merindui kampungnya, mengambil berat terhadap kampungnya dan mempunyai tanggungjawab di kampungnya itu," gadis itu terfikir. Kemudian dia juga mula bercerita tentang kampung halamannya yang jauh, zaman kecilnya, keluarganya. Itu adalah satu perbualan yang benar-benar bagus, juga satu permulaan yang indah dari kisah mereka. Daripada kawan mereka terus berpacaran. Gadis itu sebenarnya telah menjumpai lelaki yang memenuhi semua permintaan itu beliau toleransi, baik hati, romantik, ... dia adalah seorang lelaki yang baik kalau bukan kerana kopi masin mesti gadis itu tidak menjumpai Hashim! Terima kasih kepada kopi masin!
Kisah mereka ini adalah sama seperti setiap kisah cinta yang indah: puteri yang berkahwin dengan putera itu, maka mereka hidup kehidupan yang bahagia ... Dan, setiap kali dia membuat kopi untuknya, dia meletakkan sedikit garam dalam kopi, kerana dia tahu itu cara yang dia suka.
Selepas 40 tahun, Hashim meninggal dunia, dia meninggalkan sepucuk surat yang berkata: "Sayang, maafkanlah abang, memaafkan segala dosa abang kerana seluruh hidup saya ini adalah penipuan-satunya yang saya katakan kepada kamu, kopi masin Ingat kali pertama kami semasa kita berpacaran? Abang begitu gementar pada masa itu, sebenarnya abang ingin gula, tetapi abang telah tersalah kata garam. Sukar bagi abang pada masa itu untuk berterus terang, jadi abang teruskan saja . Abang tidak pernah berfikir yang boleh menjadi permulaan komunikasi kita! Abang cuba untuk memberitahu sayang tentang perkara sebenar, banyak kali abang cuba , tetapi abang terlalu takut kerana abang telah berjanji untuk tidak berbohong kepada sayang walau macam sekali pun .. Sekarang, abang telah mati, abang tidak takut apa-apa, jadi abang mengambil keputusan untuk berterus terang: Abang tidak suka kopi masin, kerana rasa pelik dan buruk .. oleh kerana, abang telah merasa kopi masin untuk seumur hidup abang semenjak abang kenal sayang dan abang tidak pernah berasa menyesal untuk apa-apa jua yang abang lakukan kepada sayang. Mempunyai sayang disisi abang sehingga akhir hayat abang merupakan kebahagiaan yang paling bermakna dalam hidup abang .
Jika abang boleh hidup untuk kali kedua, abang masih mahu sayang sebagai kawan, teman, dan isteri sepanjang hidup abang walaupun abang tepaksa minum kopi masin sekali lagi. "
Air matanya yang mengalir daripada mata gadis itu membuat surat itu benar-benar basah.
Suatu hari nanti, seseorang bertanya: Apakah rasa kopi masin?
lalu gadis itu menjawab : ia manis.
Surat Cinta Untuk Dia
Sewaktu saya menziarahi kubur arwah nenek saya, saya terjumpa satu surat yang ditinggalkan oleh seorang wanita diatas kubur. Saya mengambil dan membaca surat itu.....
"Saat saya menulis surat ini untuk awak, saya mahu awak tahu yang saya sngat mencintai awak. Kehadiran awak dalam hidup saya telah mengajar banyak tentang erti kehidupan yang selama ini saya tidak tahu. Banyak insan yang datang dalam hidup saya dan tipu jika ada perasaan sayang pada mereka. Tetapi saya mahu awak tahu yang awak sahaja insan yang saya cintai sepenuh hati saya tiada yang dapat menggantikan tempat awak. Saya amat berharap bahawa yang awak akan mencintai saya seperti mana saya mencintai awak. Cinta saya hanya untuk awak dan awak seoranga sahaja yang layak memiliki cinta saya. Walaupun banyak kali awak menyakiti hati saya tetapi saya rela melupakan semua kesakitan itu demi cinta saya pada awak. Walaupun cinta saya tidak seagung cinta Nabi Muhammad S.A.W dsan Siti Khadijah, tetapi apa yang saya tau cinta saya untuk saya adalah suci. Masa dan jarak yang menyukarkan saya bertemu dan bemersa dengan awak. Tetapi sesukar mana pun ia tidak dapat memisahkan kita dan saya hanya berharap ajal maut sahaja dapat memisahkan kita. Sukar saya untuk menulis surat ini dengan air mata yang mengalir keluar dari mata ini, tetapi ini adalah kenyataannya saat awak membaca surat ini bermakna saya tiada lagi di dunia ini. Saya berharap awak bisa mencari pengganti diri saya yang lebih baik dari saya kerana saya tidak mahu awak kesunyian pabila saya sudah tiada. Semoga insan yang dapat menggantikan saya lebih baik dari saya. Jangan menangis dikubur saya kerana saya tidak akan kembali untuk awak. Awak perlu teruskan hidup dan menjadi lebih kuat dari saya. Saya mahu awak tahu yang bahwa SAYA AMAT CINTAI AWAK SEHINGGA INI."
Cinta yang berpanjangan
![]() |
| aqilsulong.blogspot.com |
Peguam dipejabat itu berasa sangat hairan, setelah berbual dengan pasangan itu mereka pun menceritakan masalah mereka. Mereka telah bertengkar selama 40 tahun sepanjang perkahwinan seperti ada saja yang tak kena. Perkahwinan mereka bertahan selama ini atas sebab anak-anak mereka dan takut ia mamberi kesan kepada mereka. Sekarang anak-anak mereka sedah besar dan mempunyai keluarga sendiri. Tiada apa yang perlu dirisaukan oleh pasangan tua ini. Mereka ingin membawa haluan masing-masing dan ingin melupakan kesedihan semasa perkahwinan mereka, mereka pun bersetuju untuk becerai.
Peguam menghadapi masa yang sukar untuk menyiapkan keras kerja untuk mereka kerena dia merasakan perkahwinan selama 40 tahun pada usia mereka 70-an, dia berasa hairan kenapa mereka menginginkan peceraian. Semasa pasangan itu menanda tangani kertas penceraian mereka, si isteri memberitahu suamiya " saya benar menyayangi kamu, tetapi saya tidak boleh menjalankan lagi tugas saya sebagai isteri kamu. Saya mintak maaf....". "Tidak mengapa, saya faham.." kata si suami. Kemudian, peguam ingin mengadakan makan malam bersama, hanya mereka bertiga sahaja. Si isteri berfikir kenapa tidak memandangkan kita akan berkawan.
Semasa dimeja makan suasana menjadi sunyi dan pasangan tua itu merasa sedikit janggal. Hidangan pertama iaitu ayam panggang, serta merta si suami mengambil peha ayam itu dan memberikan kepada si isteri sambil berkata " ambil lah saya tau peha ayam kegemaran awak." Melihat situasi ini peguam merasakan masih ada peluang untuk mereka berbaik kembali, tetapi si isteri memarahi si suami dan berkata " ini lah masalahnya, awak selalu berfikiran jauh dan tidak pernah tau apa yang saya rasa, awak tau yang saya tak suka peha ayam. ". Apa yang si isteri tidak tahu sejak beberapa tahun lepas si suami telah mencuba pelbagai cara untuk mengambil hati si isteri. Apa yang si isteri tidak tahu bahawa peha ayam adalah kegemaran si suami dia sanggup memberi kepada si isteri nya. Walaupun si isteri tidak menyukai peha ayam, kerana si suami mahu berikan yang terbaik untuk isterinya.
Selepas makan malam mereka pun pulang ke rumah mereka berasingan. Pada waktu malam mereka berdua tidak boleh melelapkan mata mereka. Mereka berpusing kearah kiri, kanan ,kiri dan kanan..... selepas sejam, si suami pun berfikir panjang dan berkata " saya sudah tidak boleh tunggu lagi, saya masih lagi mencintai dia dan saya tidak dapat meneruskan hidup tanpa dia." . Si suami inginkan isterinya kembali, dia ingin mengakatakan dia berasa menyesal atas perbuatan dia dan ingin memberi tahu yang dia amat mencintainya. Si suami mengambil telefon dan terus mendail nombor isterinya. Deringan tidak pernah berhenti... dia tidak berhenti mendail.
Si isteri pula berasa sangat sedih kerana setelah beberapa tahun bersama si suami masih tidak memahaminya. Dia amat menyayangi suaminya tetapi dia tidak boleh menahan dengan sikap suaminya lagi.Telefon berdering dan dia enggan menjawab mengetahui yang menelefon itu adalah suaminya. " Apa gunanya untuk di bincang lagi pada hal ia sudah berakhir.. saya yang meminta untuk berpisah dan saya akan mengekalkan sebegini.. jika tidak ini menandakan saya sudah kalah." dia berfikir,telefon masih berbunyi dan terus dia mematikannya.
Baru si isteri teringat yang suaminya mempunyai maslah jantung.
Pada keesokkan harinya, si isteri menerima panggial yang mengatakan bahawa si suami telah meninggal dunia. Dia bergegas ke aparmentnya dan melihat tubuh suaminya yang masih memegang telefon terbaring di atas sofa. Si suami mengalami serangan jantung ketika dia menelefon isterinya.
Setelah seminggu kematian suaminya, si isteri pergi ke aparment suaminya untuk mengambil barang kepunyaan suaminya. Dalam keadaan sedih dan puli semasa mengemas barang-barang dia terjumpa satu fail di dalam laci. Fail itu adalah polisi insurans bertarikh pada hari perkahwinan mereka, dengan segala kadar faedah dan harta diberikan kepada isterinya. Bersama fail itu ada satu nota yang bertulis....
" Kepada isteri yang ku cintai, semasa awak membaca nota ini saya sudah tiada lagi di dunia ini. Saya membeli polisi insurans ini untuk kamu dengan jumlah RM 100,0000, saya harap ia dapat membantu saya untuk terus menunaikan janji saya pada awak semasa kita kahwin dulu. Mungkin saya sudah tiada lagi bersama awak tetapi dengan jumlah wang yang saya tinggalkan mampu untuk menjaga awak seperti mana saya menjaga awak jikalau saya masih hidup. Saya mahu awak tahu yang saya akan sentiasa bersama awak di sisi awak.... I LOVE U ."Setelah membaca nota itu, si isteri terduduk dan menangis. Air mata yang keluar seperti sungai yang mengalir...
" Apabila anda mencintai seseorang, biarkan mereka tahu... Anda tidak tahu apa yang akan berlaku selepas beberapa minit.... Belajar untuk membina hidup bersama-sama... Belajar untuk mencintai mereka demgan seadanya...."
Subscribe to:
Posts (Atom)



