Followers

IBU dan AYAH !

Betapa mulianya dua insan yang bernama ibu bapa. Merekalah yang Allah takdirkan menjadi sebab-musabab lahirnya kita ke alam fana ini... Hasil kejayaan yang kita kecapi hari ini juga kerana jerih-perih, jasa dan pengorbanan mereka. Kerana mulia dan agungnya kedudukan ibu dan bapa di dalam agama, maka Allah mewajibkan kita berlaku ihsan kepada mereka berdua.

Firman Allah s.w.t.: “Dan sembahlah Allah, jangan
kamu sekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan
dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat
baik.” (An-Nisa: 36)

Kemudian tegas Allah Taala di dalam al-Quran lagi:
“Dan Tuhanmu telah memutuskan (memerintahkan),
bahawa janganlah kamu menyembah melainkan kepada-Nya
(sahaja). Dan dengan kedua orang tua (kamu)
hendaklah berbuat baik.” (Al-Israk: 23).

Kemudian tegas Allah di dalam al-Quran lagi: “Dan
Tuhanmu telah memutuskan (memerintahkan), bahawa
janganlah kamu menyembah melainkan kepada-Nya
(sahaja). Dan dengan kedua orang tua (kamu)
hendaklah berbuat baik.” (Al-Israk: 23)

Para mufassirin (para pentafsir al-Quran)
menjelaskan, bahawa maksud “berbuat baik” kepada ibu
bapa itu antaranya:

1. Kita dituntut berusaha mencari keredhaan dan
menggembirakan hati keduanya. Agama mengajarkan kita
bahawa tanpa keredhaan ibu dan bapa, maka Allah juga
akan menafikan keredhaan-Nya. Murka dan marah
keduanya, maka berlakulah murka Allah terhadap diri
seseorang anak itu.

2. Kita juga sentiasa diingatkan agar tidak
sekali-kali lupa untuk berbakti dan mencurahkan
kasih sayang sepenuhnya terhadap kedua ibu bapa sama
ada semasa mereka masih hidup ataupun selepas mati.
Limpahan jasa baik mereka amat wajar dan wajib
dibalas baik. Bukannya dibalas tuba!
3. Kita diwajibkan untuk mentaati perintah keduanya
(selagi tidak menderhakai Allah), menunaikan hak
mereka dengan hati yang ikhlas dan tidak menyakiti
hati keduanya.

Firman Allah: “Tidaklah balasan perbuatan baik itu
melainkan kebaikan pula (balasannya).” (Ar-Rahman:
60)

BILA IBU BAPA TUA

Anak-anak perlu tahu, bahawa penekanan dan kewajipan
yang tersebut di atas tadi lebih dituntut dan
menjadi berganda apabila ibu bapa mencapai usia tua
atau sudah uzur.

Maksudnya kasih sayang perlu digandakan. Perhatian
perlu dilebihkan. Penghormatan patut ditingkat.
Bukannya semakin menurun dan merosot. Amat tercela
dan biadab sekali apabila sejumlah anak-anak yang
tampak berjaya, punya nama, pangkat dan harta,
tetapi akhirnya membuat keputusan menghantar dan
menempatkan ibu dan bapa di rumah orang-orang tua.
Begitukah yang disuruh agama? Beginikah perintah
Allah swt kepada kita? Tidak sekali-kali! Renunglah
segala pengorbanan ibu bapa dan wasiat Allah swt
terhadap kita.

Hayati firman Allah Taala yang bermaksud: “Ibunya
mengandungkannya dalam keadaan susah payah dan
melahirkannya juga dalam keadaan susah payah.”
(Al-Ahqaf:15)

Firman Allah swt lagi: “Ibunya mengandungkannya
dengan menderita kelemahan di atas kelemahan.”
(Luqman: 14).

Kenapa susah payah ibu bapa kita balas dengan sikap
yang keji? Kenapa anak-anak yang sudah besar dan
dewasa tidak dapat berbakti dan mengasihi ibu bapa
mereka yang sudah tua? Belajarlah untuk tidak
menjadi kurang ajar kepada ibu dan ayah. Belajarlah
juga untuk berakhlak kepada mereka.

Allah swt menyebutnya: “Bilamana seorang daripada
mereka atau kedua-duanya telah mencapai usia tua di
sisi kamu, maka janganlah kamu katakan kepada mereka
perkataan “Uf” (Ah!) dan janganlah kamu mengherdik
mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang
mulia. Dan rendahkan sayap kamu bagi mereka
(merendah dirilah) sebagai tanda kasih sayang.”
(Al-Israk: 23)

Menurut hukum qiyas/kias (hukum Islam berdasarkan
perbandingan), mengatakan “Ah” sahaja pun sudah
dilarang Allah dan sangat berdosa besar, apalagi
kalau si anak melakukan perbuatan yang lebih buruk
daripada itu.

Tapi, hari ini saban waktu kita disajikan dengan
laporan berita tentang anak-anak yang sampai tahap
membunuh ibu bapa mereka.

Rasulullah s.a.w. ketika menggambarkan tanda-tanda
kiamat ada menyatakan bahawa akan sampai suatu masa
apabila “Ibu-ibu akan melahirkan tuan-tuan”. Telahan
baginda itu kini menjadi nyata. Sudah berapa banyak
ibu yang melahirkan anak-anak derhaka. Sudah berapa
banyak anak yang disusukan ibu mereka kini
mengarahkan ibu bapanya supaya melakukan begitu dan
begini.

Satu perkara yang perlu disemat dalam ingatan
seorang anak, hati ibu bapa di kala usia senja
mereka amat mudah tersinggung dan terasa. Jangan
dibiarkan tersinggung hati mereka dek perkataan
ataupun kerenah kita. Jika tidak, besarlah dosa kita
di sisi Allah s.w.t.

Percayalah betapa sunyinya hidup ibu dan ayah bila
anak-anak sudah berumah tangga. Betapa pilunya hati
mereka kalau di hujung usia mereka diletakkan di
rumah orang-orang tua. Betapa kejamnya jikalau ibu
bapa dijadikan orang gaji, tukang masak, pengasuh
atau tukang kebun.

Kata Sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama ‘Urwah,
“Tunduklah kamu di hadapan ibu dan bapa kamu
sebagaimana tunduknya seorang hamba abdi di depan
tuannya”. Berkata pula ‘Atha bin Rabah, “Janganlah
kamu mengangkat tangan apabila kamu sedang bercakap
dengan kedua ibu bapa kamu”. Sementara Imam al-Hasan
pula menyebut, “Hendaklah si anak itu bercakap
kepada kedua orang tuanya, “Wahai ibu, wahai ayah!,
dan jangan sekali-kali memanggil dengan menyebut
nama mereka”.

Akhir sekali, pulanglah menziarahi ibu bapa di
kampung. Renung dan tataplah wajah mereka berdua
walau kedut sudah seribu. Suaplah nasi ke mulut
mereka. Cempunglah mereka untuk menunaikan hajat
sekira mereka terlalu uzur. Imamkan solat mereka.
Urut dan picitkanlah badan mereka. Hamparkan
permaidani untuk mereka. Kembalikanlah
kenangan-kenangan indah di ruang mata mereka saat
kita di dalam pelukan dan jagaan mereka.

Rindu mereka pada anak-anak bukan lagi pada harta
kekayaan dan pangkat kita, sebaliknya rindu pada
belaian kasih, doa tulus dan bakti murni kita.

Firman Allah swt: “Bersyukurlah kepada-Ku dan kedua
ibu bapamu dan hanya kepada-Kulah tempatmu kembali”.
(Luqman: 14).

Sendal

Firman Allah swt: “Dan berdoalah, ‘Wahai Tuhanku
kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani
diriku sewaktu kecil dahulu.” (Al-Israk: 24)

sumber:http://www.hanan.com.my/print.php?sid=1084

No comments:

Recent Comments

Recent Posts

Search