Followers

Kisah Kau dan Aku

Teringat satu kisah cinta yang terjalin antara dua insan yang bernama Ahmed dan Najwa. Kisah cinta agung antara dua insan yang bertemu sewaktu belajar di sebuah IPTS di selatan tanah air. Cinta suci mereka sudah terjalin selama satu tahun tujuh bulan dan masih terjalin.

Ahmed seorang permuda berumur 20 tahun berasal dari selangor, datang ke johor untuk melanjutkan pelajarannya ke sebuah IPTS disitu. Ahmed seorang pemuda yang suka mengikut kata hati sendiri dan tidak mempedulikan kata orang lain, seorang yang optimis dan seorang yang "cool".Dia mengambil jurusan diploma pengurusan maklumat selama dua setengah tahun. Manakala, Najwa pula seorang gadis anak jati johor yang berumur 20 tahun datang dengan tujuan yang sama untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS tempat sama Ahmed belajar. Najwa merupakan gadis yang manja, yang selalu keinginannya dipenuhi dan sorang yang baik hati.

Kisah cinta mereka bermula di semester 2 iaitu setahun tempoh belajar di disitu. Ahmed baru sahaja putus dengan kekasih dia kerana tidak mempedulikan dia. Hubungan yang dibina dengan bekas kekasih selama satu tahun terlerai begitu saja. Atas sebab kegagalan Ahmed dalam percintaan dia dengan bekas kekasih, dia berjanji dengan diri sendiri akan memilih jodoh yang sayang padanya , bak kata perpatah " jangan mencari orang yang kita sayang kerana orang yang kita sayang akan pergi kepada orang yang dia sayang dan carilah orang yang sayang pada kita kerana orang yang sayang pada kita akan menyayangi kita selamanya ". Maka dengan prinsip itulah yang Ahmed berpegang dan berharap akan menjadi lebih baik sekiranya bertemu jodoh.

Jodoh dan ajal maut ditangan Allah S.W.T ,dengan izin Nya Ahmed diberitahu oleh kawan dia bahawa rakan serumah meyimpan perasaan terhadap dia iaitu Najwa. Maka didalam hati Ahmed berkata ' mungkinkah ini jodoh ku dengan si dia. Kalau betul maka aku akan berjanji akan menjadi lebih baik dari sebelumnya'. Pada mulanya Ahmed hanya menganggap Najwa sebagai teman biasa dan rakan sekelas, namun semuanya berubah apabila Ahmed mengetahui tentang perasaan yang disimpan oleh Najwa dan Ahmes yakin bahawa Najwa yang akan menjadi gadis yang akan menemani Ahmed sehingga akhir hayat.

Kisah cinta bermula apabila Najwa yang membuat langkah dengan menghantar sms yang berbunyi 'asalam ini Ahmed ea ?' pada masa itu Ahmed tidak mempunyai nombor telefon Najwa dan meminta rakan serumah untuk memeriksa siapakah yang menghantar sms tersebut. Alangkah terkejutnya Ahmed apabila mengetahui bahawa Najwa yang menghantar sms tersebut kerana dia tidak menyangka Najwa akan yang menghantar sms itu. Dengan rasa hairan Ahmed pun membalas ' ye nie ahmed knpe ea? nie najwa kan?' setelah Najwa menerima sms itu dia begitu gembira kerana Ahmed mengenalinya dan di situ mulanya bibik cinta diantara Ahmed dan Najwa. 

Daripada "saya awak" bertukar kepada "b dan bby" dan dari semester 2 sehingga semester 5 percintaan mereka bertahan, namun bukanya semuanya indah ada juga pahit manis, suka dan duka dalam percintaan mereka. Namun Ahmed sentiasa berpesan kepada Najwa bahawa walapun apa yang terjadi dia akan menjaga Najwa dengan sebaik yang mungkin dan akan membuat dia gembira. Ahmed besyukur kerana Najwa telah banyak mengajar Ahmed tentang kehidupan dan membuat dia sedar akan kekurangan selama ini yang dia ada. Itu yang membuatkan rasa sayang Ahmed semakin kuat dan dia yakin bahawa Najwa yang terbaik untuk dia dan tak ada yang dapat menggantikan tempat Najwa, Ahmed selalau berpesan kepada Najwa bahawa dia tidak akan meninggalkan dia. Itu kata paling bermakna dalam hidup Najwa dan diingati sampai mati

Setelah lima tahun bercinta segala pahit dan manis mereka lalui bersama, banyak kenangan yang tercipta antara mereka. Ahmed sudah bercadang untuk menjadikan Najwa yang halal bagi dia. Segala persiapan telah di adakan untuk menyambut hari yang gembira bagi pasangan itu. Tetapi bak kate pepatah ajal maut di tangan tuhan kita mampu merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukan. Jodoh mereka tidak kesampaian apabila Najwa telah meninggal akibat kemalangan semasa perjalanan pergi melawat makcik dia di Kulai.Kemalangan itu melibatkan kereta Najwa bertembung dengan lori membawa muatan pasir. Ahmed yang mendengar berita itu masih berasa amat sedih dan tidak dapat menerima berita tersebut.

Sepuluh tahun kejadian itu berlalu Ahmed  dan ia masih segar di ingataan seperti baru berlaku semalam, cinta dia terhadap Najwa masih teguh walaupun kejadian itu sudah lama berlalu. Ahmed mendoakan Najwa ditempatkan di kalangan orang yang beriman di sisi Allah S.W.T dan dia berharap jikalau tiada jodoh di dunia  dia mendoakan jodoh dia bersama Najwa di akhirat kelak.


 *Saya sebagai penulis ingin memdedikasikan cerita ini kepada seseorang yang teramat istimewa bagi saya dan saya akan selalu mencintai awak 

Beribu sesalan

Azaman seorang lelaki yang boleh diakatakan telah berjaya dalam hidup. Dia seorang usahawan yang berjaya dengan perniagaan dan telah membuka satu kedai aksesori kereta yang terletak di Puchong, Selangor.Walaupun, dia berjaya di dalam usia 30-an tetapi dia seorang yang tidak sombong dan sentiasa berpijak pada bumi yang nyata. Aku pula seorang akauntan di sebuah syarikat swasta terkemuka di Petaling Jaya. Aku berasal dari keluarga yang sederhana dan tinggal bersama keluarga. Di dalam keluarga aku adalah anak tunggal. Oleh kerana itu, aku seorang yang manja dan segala keinginan aku di penuhi oleh kedua orang tua ku. 


Pada suatu hari, selepas aku pulang dari kerja, ibu ku memberitahu kepada ku yang ada rombongan merisik datang untuk melamar ku "Ana ... tadi ada orang datang melamar kamu, ibu amat berkenenan dengan pemuda yang datang tadi.' banyak persoalan yang bermain di fikiran aku. Siapakah permuda yang datang melamar aku? sebelum aku sempat menanyakan siapa pemuda itu, ibu ku memberitahu yang dia menerima lamaran itu. Dengan nada yang marah aku berkata " ibu ! kenapa ibu terima lamaran  itu ? kenapa ibu membuat keputusan tanpa bertanyakan Ana dulu ibu ! " kemudian ibu menjawab " Ana, ibu menerima lamaran itu kerana sudah tiba masa untuk kamu belajar hidup berdikari, sampai bila nak hidup dengan ibu dan ayah kamu." aku menjawab " tapi ibu Ana belum bersedia lagi." ibu dengan lembut menjawab " bersedia atau tidak kamu tetap akan berkahwin dengannya ! " Dengan perasaan marah aku masuk kebilik sambil menghempas pintu . Banyak soalan yang tiada jawapan bermain di fikiran aku ini, aku rasa belum bersedia untuk menjadi isteri orang, oleh kerana permintaan ibu aku turutkan jua. Hari yang aku rasa kan hari paling malang telah tiba jua. Aku telah bernikah dengan pemuda iaitu Azaman dengan dasar paksaan oleh orang tua ku.


Aku membencinya, itulah yang selalu kubisikkan dalam hatiku hampir sepanjang kami bersama. Meskipun menikahinya, aku tak pernah benar-benar menyerahkan hatiku padanya. Berkahwin kerana paksaan orangtua, membuatku membenci suamiku sendiri.

Walaupun berkahwin secara paksa, aku tidak pernah menunjukkan sikap benciku. Meskipun membencinya, setiap hari aku melayaninya sebagaimana tugas isteri. Aku terpaksa melakukan semuanya kerana aku tidak ada pilihanlain. Beberapa kali muncul keinginan meninggalkannya tapi aku tidak ada sumber kewangan lain dan sokongan sesiapa. Kedua orangtuaku sangat menyayangi suamiku kerana menurut mereka, suamiku adalah lelaki paling sempurna untuk satu-satunya anak perempuan mereka.

Selepas berkahwin, aku menjadi isteri yang teramat manja. Aku lakukan apa-apa sesuka hatiku. Suamiku juga memanjakanku sedemikian rupa. Aku tidak pernah benar-benar menjalani tugasku sebagai seorang isteri. Aku telah menyerahkan hidupku padanya sehingga semua perkara dia uruskan membuatku bahagia dengan menuruti semua keinginanku.

Di rumah kami, akulah ratunya. Tidak ada seorangpun yang berani melawan. Jika ada sedikit saja masalah, aku selalu menyalahkan suamiku. Aku tak suka tualanya yang basah yang diletakkan di atas katil, aku tidak suka melihat dia meletakkan sudu bekas susu di atas meja dan meninggalkan pinggan di atas meja, aku benci ketika dia memakai komputerku meskipun hanya untuk menyelesaikan tugasnya.

Aku marah kalau dia menggantung bajunya di almari bajuku, aku juga marah kalau dia memakai ubat gigi tanpa memincitnya dengan rapi, aku marah kalau dia menghubungiku berkali-kali ketika aku sedang bersenang-senang dengan kawan-kawanku.

Aku memilih untuk tidak punya anak. Meskipun tidak bekerja, tapi aku tidak mahu mengurus anak. Pada mulanya dia bersetuju dan akupun mengambil pil perancang. Tapi rupanya dia menyembunyikan keinginannya sehingga satu hari aku terlupa memakan pil dan dia walau pun dia tahu tapi dia membiarkannya. Aku mengandung dan menyedarinya setelah lebih dari empat bulan, doktor pun menolak untuk menggugurkannya.

Itulah kemarahanku terbesar padanya. Kemarahan semakin bertambah ketika aku mengandung sepasang anak kembar dan harus mengalami kelahiran yang sukar. Aku memaksanya melakukan vasectomy supaya aku tidak mengandung lagi. Dengan patuh ia melakukan semua keinginanku kerana aku mengancam akan meninggalkannya bersama kedua anak kami.

Waktu berlalu sehingga anak-anak kami berusia lapan tahun. Seperti pagi-pagi sebelumnya, aku bangun paling lambat. Suami dan anak-anak sudah menungguku di meja makan. Seperti biasa, dialah yang menyediakan sarapan pagi dan mengantar anak-anak ke sekolah. Hari itu, dia mengingatkan bahawa hari itu adalah hari lahir ibuku. Aku hanya menjawab dengan anggukan tanpa mempedulikan kata-katanya yang mengingatkan peristiwa berikut di tahun sebelumnya, semasa itu aku pergi shopping dan tidak hadir di majlis ibu. Yaah, kerana merasa teraniaya kerana di paksa kahwin, aku juga membenci kedua orangtuaku.

Sebelum ke pejabat, biasanya suamiku mencium pipiku saja dan diikuti anak-anak. Tetapi hari itu, dia juga memelukku sehingga anak-anak mengejek ayahnya. Aku berusaha mengelak dan melepaskan pelukannya. Meskipun akhirnya ikut tersenyum bersama anak-anak.

Dia kembali mencium hingga beberapa kali di depan pintu, seakan-akan berat untuk pergi.

Ketika mereka pergi, aku ke spa. Menghabiskan masa di spa adalah hobiku. Aku tiba di salon kegemaranku beberapa jam kemudian. Di spa aku bertemu salah satu rakanku iaitu rakan yang aku tidak berapa suka.Kami berbual dengan asyik termasuk saling menunjuk-nunjuk kehebatan kami.

Semasa untuk bayar spa, namun betapa terkejutnya aku ketika menyedari bahawa dompetku tertinggal di rumah. Meskipun aku membawa beg tangan tetapi dompetku tiada di dalamnya. Sambil berusaha mengingati apa yang terjadi hingga dompetku tiada aku menelefon suamiku dan bertanya.

“Maaf sayang, kelmarin Farhan meminta duit saku dan aku tidak ada duit kecil masa itu, maka kuambil dari dompetmu. Aku lupa menaruhnya kembali ke dalam beg tangan, kalau tidak salah aku letakkan di atas meja.” Katanya menjelaskan dengan lembut.

Dengan marah, aku membebel dengan kasar. Kututup handphone tanpa menunggu dia selesai bercakap. Tidak lama kemudian, handphoneku kembali berbunyi dan meskipun masih geram, akupun mengangkatnya dengan separuh membentak.

“Apalagi??”

“Sayang, aku pulang sekarang, aku akan ambil dompet dan mengantarnya kepadamu. Sayang sekarang ada dimana?” tanya suamiku cepat , khuatir aku menutup telefon kembali.

Aku menyebut nama spa dan tanpa menunggu jawapannya lagi, aku kembali menutup telefon. Aku bercakap dengan kasar dan mengatakan bahawa suamiku akan datang membayar bil spa. Tuan punya spa yang juga kenalanku sebenarnya tidak kisah dan mengatakan aku boleh membayarnya kemudian. Tapi rasa malu kerana “musuh”ku juga ikut mendengarku tertinggal dompet membuatku malu untuk berhutang dulu.

Hujan turun ketika aku melihat keluar dan berharap kereta suamiku segera sampai. Minit berlalu menjadi jam, aku semakin tidak sabar sehingga mulai menghubungi handphone suamiku. Tidak ada jawapan meskipun sudah berkali-kali aku telefon. Padahal biasanya hanya dua kali berdering telefonku sudah diangkat. Aku mulai merasa tidak selesa dan marah.

Teleponku diangkat setelah beberapa kali mencuba. Ketika suara bentakanku belum lagi keluar, terdengar suara asing menjawab telefon suamiku. Aku terdiam beberapa saat sebelum suara lelaki asing itu memperkenalkan diri, “selamat tengahari, cik. Apakah puan, isteri kepada Encik Ismadi?”

“Ya..!”

Lelaki asing itu memperkenalkan dirinya ialah seorang anggota polis. Dia memberitahu bahawa suamiku mengalami kemalangan dan sedang dibawa ke hospital.

Masa itu aku hanya terdiam dan hanya menjawab terima kasih. Ketika telefon ditutup, aku tertunduk dan bingung. Tanganku menggenggam erat handphone yang kupegang dan beberapa pekerja spa mendekatiku dan bertanya ada apa hingga wajahku menjadi pucat seputih kertas.

Entah bagaimana akhirnya aku sampai di hospital. Entah bagaimana juga tahu-tahu seluruh keluarga hadir di sana menyusulku. Aku yang hanya diam seribu bahasa menunggu suamiku di depan bilik ICU. Aku tidak tahu nak buat apa kerana selama ini dialah yang melakukan segalanya untukku.

Akhirnya setelah menunggu beberapa jam, tepat ketika berkumandang azan maghrib terdengar seorang doktor keluar dan menyampaikan berita – Suamiku telah tiada.

Dia pergi bukan kerana kemalangan tadi tetapi penyebabkan kematiannya ialah serangan stroke.
Selepas mendengar kata-kata doktor itu, aku sibuk menguatkan semangat kedua orangtuaku dan orangtuanya yang terperanjat. Sama sekali tidak ada airmata setitispun keluar di kedua mataku. Aku sibuk menenangkan ayah ibu dan mertuaku.

Anak-anak yang terpukul memelukku dengan erat tetapi kesedihan mereka sama sekali tak mampu membuatku menangis.
Ketika jenazah dibawa ke rumah dan aku duduk di hadapannya, aku termangu menatap wajah itu. Kusedari baru kali inilah aku benar-benar menatap wajahnya yang kelihatan tidur nyenyak. Kudekati wajahnya dan kutatapi. Masa itulah dadaku menjadi sesak teringat apa yang telah ia berikan padaku selama sepuluh tahun kami bersama.

Kusentuh perlahan wajahnya yang telah dingin dan kusedari inilah kali pertama kali aku menyentuh wajahnya yang dulu selalu dihiasi senyum hangat. Airmataku tiba-tiba berderai dengan deras, mengaburkan pandanganku.

Aku mencuba mengusap agar airmata tidak menghalangi tatapan terakhirku padanya, aku ingin mengingat semua bahagian wajahnya agar kenangan manis tentang suamiku tidak berakhir begitu saja. Tapi bukannya berhenti, airmataku semakin deras membanjiri kedua pipiku. Peringatan dari imam masjid yang mengurus pengebumian tidak mampu membuatku berhenti menangis. Aku berusaha menahannya, tapi dadaku sesak mengingat apa yang telah aku buat padanya terakhir kami berbicara. Semasa ku menatap wajah nya, terpancar semua dosa ku terhadapnya. Ingin aku mengambil mencium tangannya meminta seribu keampunan kepadanya. 

Kopi Masin


Hashim bertemu seorang gadis ini di suatu parti, dia yang paling cantik di antara gadis lain, ramai lelaki yang mengejar dia, tetapi semasa dia jadi biasa-biasa saja tiada siapa yang memberi perhatian kepadanya. Pada akhir parti dia menjemput gadis ini untuk minum kopi dengan dia, gadis itu  terkejut, tetapi kerana kesopanan, si gadis itu pon terima pelawaan Hashim. Mereka duduk di kedai kopi yang bagus, gadis itu  terlalu gementar untuk berkata apa-apa, dia rasa tidak selesa, dia berfikir, biarlah saya kembali ke rumah. Tiba-tiba Hashim itu terfikir sesuatu dan meminta sesuatu kepada pelayan: boleh beri saya sedikit garam? Saya nak masukkan dalam kopi saya.



Semua orang yang merenung kepadanya, aneh! Mukanya bertukar menjadi merah, tetapi, masih, dia memasukkan garam dalam kopi dan minum. Gadis itu merasa curiga dan ingin tahu itu bertanya "mengapa awak letak garam ke dalam kopi itu?' Hashim pon  menjawab: "apabila saya berumur 5 tahun , saya tinggal berhampiran laut, saya suka bermain di laut dan dapat merasakan rasa laut yang bergitu masin yang teramat sangat  seperti rasa kopi masin. Kini setiap kali saya minum  kopi masin, saya akan teringat  zaman kanak-kanak saya , teringat dekat kampung , saya amat rindu kampung saya dan saya akan rindu kepada ibu bapa saya yang tinggal  di sana. Sambil air matanya jatuh keatas meja kopi itu. Gadis berasa itu amat  terharu. Itu perasaan yang sebenar, dari lubuk hati Hashim.



"Seorang lelaki yang boleh memberitahu rindu itu adalah seorang lelaki amat merindui kampungnya, mengambil berat terhadap kampungnya dan mempunyai tanggungjawab di kampungnya itu," gadis itu terfikir. Kemudian dia juga mula bercerita tentang kampung halamannya yang  jauh, zaman kecilnya, keluarganya. Itu adalah satu perbualan yang benar-benar bagus, juga satu permulaan yang indah dari kisah mereka. Daripada kawan mereka terus berpacaran. Gadis itu sebenarnya telah menjumpai  lelaki yang memenuhi semua permintaan itu beliau toleransi, baik hati, romantik, ... dia adalah seorang lelaki yang baik kalau bukan kerana kopi masin mesti gadis itu tidak menjumpai Hashim! Terima kasih kepada kopi masin!



Kisah mereka ini adalah sama seperti setiap kisah cinta yang indah: puteri yang berkahwin dengan putera itu, maka mereka hidup kehidupan yang bahagia ... Dan, setiap kali dia membuat kopi untuknya, dia meletakkan sedikit garam dalam kopi, kerana dia tahu itu cara yang dia suka.
Selepas 40 tahun, Hashim meninggal dunia, dia meninggalkan sepucuk surat yang berkata: "Sayang, maafkanlah abang, memaafkan segala dosa abang kerana seluruh hidup saya ini adalah penipuan-satunya yang saya katakan kepada kamu, kopi masin Ingat kali pertama kami semasa kita berpacaran? Abang  begitu gementar pada masa itu, sebenarnya abang ingin gula, tetapi abang telah tersalah kata garam. Sukar bagi abang pada masa itu untuk berterus terang, jadi abang teruskan saja . Abang tidak pernah berfikir yang boleh menjadi permulaan komunikasi kita! Abang cuba untuk memberitahu sayang tentang perkara sebenar, banyak kali abang cuba , tetapi abang  terlalu takut kerana abang telah berjanji untuk tidak berbohong kepada sayang walau macam sekali pun .. Sekarang, abang  telah mati, abang  tidak takut  apa-apa, jadi abang mengambil keputusan untuk berterus terang: Abang  tidak suka kopi masin, kerana rasa pelik dan buruk .. oleh kerana, abang telah merasa kopi masin untuk seumur hidup abang  semenjak abang kenal  sayang dan abang  tidak pernah berasa menyesal untuk apa-apa jua yang abang  lakukan kepada sayang. Mempunyai sayang disisi abang sehingga akhir hayat abang merupakan kebahagiaan yang paling bermakna dalam hidup abang .



Jika abang boleh hidup untuk kali kedua, abang  masih mahu sayang sebagai kawan, teman, dan isteri sepanjang hidup abang  walaupun abang  tepaksa  minum kopi masin sekali lagi. "
Air matanya yang mengalir daripada mata gadis itu membuat surat itu benar-benar basah. 


Suatu hari nanti,  seseorang bertanya: Apakah rasa kopi masin? 

lalu gadis itu menjawab : ia manis.

Surat Cinta Untuk Dia

Sewaktu saya menziarahi kubur arwah nenek saya, saya terjumpa satu surat yang ditinggalkan oleh seorang wanita diatas kubur. Saya mengambil dan membaca surat itu.....
"Saat saya menulis surat ini untuk awak, saya mahu awak tahu yang saya sngat mencintai awak. Kehadiran awak dalam hidup saya telah mengajar banyak tentang erti kehidupan yang selama ini saya tidak tahu. Banyak insan yang datang dalam hidup saya dan tipu jika ada perasaan sayang pada mereka. Tetapi saya mahu awak tahu yang awak sahaja insan yang saya cintai sepenuh hati saya tiada yang dapat menggantikan tempat awak. Saya amat berharap bahawa yang awak akan mencintai saya seperti mana saya mencintai awak. Cinta saya hanya untuk awak dan awak seoranga sahaja yang layak memiliki cinta saya. Walaupun banyak kali awak menyakiti hati saya tetapi saya rela melupakan semua kesakitan itu demi cinta saya pada awak. Walaupun cinta saya tidak seagung cinta Nabi Muhammad S.A.W dsan Siti Khadijah, tetapi apa yang saya tau cinta saya untuk saya adalah suci. Masa dan jarak yang menyukarkan saya bertemu dan bemersa dengan awak. Tetapi sesukar mana pun ia tidak dapat memisahkan kita dan saya hanya berharap ajal maut sahaja dapat memisahkan kita. Sukar saya untuk menulis surat ini dengan air mata yang mengalir keluar dari mata ini, tetapi ini adalah kenyataannya saat awak membaca surat ini bermakna saya tiada lagi di dunia ini. Saya berharap awak bisa mencari pengganti diri saya yang lebih baik dari saya kerana saya tidak mahu awak kesunyian pabila saya sudah tiada. Semoga insan yang dapat menggantikan saya lebih baik dari saya. Jangan menangis dikubur saya kerana saya tidak akan kembali untuk awak. Awak perlu teruskan hidup dan menjadi lebih kuat dari saya. Saya mahu awak tahu yang bahwa SAYA AMAT CINTAI AWAK SEHINGGA INI."

Recent Comments

Recent Posts

Search